Home Isu Semasa Rupanya industri vape buat vape untuk menarik minat kanak-kanak dan remaja, bukan perokok

Rupanya industri vape buat vape untuk menarik minat kanak-kanak dan remaja, bukan perokok

171
0

Tular di laman sosial apabila reka bentuk ‘vape’ yang baharu sangat comel. Reka bentuk ‘vape’ tersebut membuat ramai yang risau akan kanak-kanak dan remaja generasi kini.

Menerusi satu posting tweet di akaun Twitter milik Fahmibinhassan menunjukkan beliau sedang mengulas mengenai reka bentuk vape yang terkini. Fahmi mengatakan industri vape akan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya mahu membantu perokok untuk berhenti dan bukannya mahu jual kepada kanak-kanak dan remaja. Namun begitu, reka bentuk vape tersebut lebih menarik minat kanak-kanak dan remaja, bukannya perokok.

Rata-rata netizen turut bising dan menyuruh agar pihak berwajib mengambil tindakan kepada industri tersebut. Ramai juga yang mengatakan sekarang ini reka bentuk menarik minat kanak-kanak, tidak dikuatiri suatu hari nanti akan ada reka bentuk seperti botol susu bayi. Amalan ini sangat merisaukan bagi dikalangan remaja. Ini amat merbahaya bagi paru-paru kanak-kanak. Ada juga yang mengatakan di Bukit Bintang sudah ramai yang menjual vape-vape seperti ini.

Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat posting di bawah:

Lihat apa kata orang ramai:

@Beranimati7
Replying to @Fahmibinhassan and @Kelvinyii88
Kepala hotak dia orang .. kempen dan promosi vape sahaja pun dah buat kanak-kanak , remaja dan wanita nya terjebak dgn vape.. di bandar kecil saya Taiping. Nisbah 20orang 8orang vape , 5 orang merokok.. jadinya

@shafiq1409
Replying to @Fahmibinhassan and @Kelvinyii88
Trend yang sgt merisaukan. Merata² sekarang ni boleh nampak budak sekolah, remaja lelaki & perempuan hisap vape secara terbuka tak cover² dah.
Kalau dah design mcm ni , budak² pun minat nak tengok

@Beranimati7
Replying to @Fahmibinhassan and @Kelvinyii88
Kedai vape tumbuh seperti cendawan tumbuh. Kedai besar, kedai kecil , kedai handphone juga menjual barang berkaitan vape.? Promosi kedai sngt menarik perhatian pembeli. Jadinya??

@i_i2606
Replying to @Fahmibinhassan and @Kelvinyii88
KPM kena ambik serius isu ini. Dah jadi barah lagi2 dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Cikgu disiplin, cikgu2 tak menang tangan. dlm sekolah boleh sekat lagi. keluar je pagar sekolah

Sumber: Twitter

Previous articleMacam Dalam Filem, Bukan Main Gah Lagi Bisnes Dad4h Dekat Mexico Ni
Next articleKecil-Kecil Cili Padi, Ikan Ini Lagi Bahaya Daripada Ikan Piranha?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here