Home Kisah rakyat Kecil-Kecil Cili Padi, Ikan Ini Lagi Bahaya Daripada Ikan Piranha?

Kecil-Kecil Cili Padi, Ikan Ini Lagi Bahaya Daripada Ikan Piranha?

437
0

Semua orang tahu, ikan yang kecil tetapi membunuh iaitu ikan Piranha. Namun, ada satu lagi ikan yang saiznya jauh lebih kecil tetapi lebih berbahaya. Ia merupakan sejenis ikan air tawar daripada spesis sama dengan ikan keli dikatakan lebih bahaya daripada ikan piranha iaitu ikan Candiru

candiru1

Ikan ini juga digelar ikan Canero boleh ditemui di sungai Amazon dan juga sungai Oranoco.

Saiz ikan ini hanya sekitar 1 hingga 2 inci dan lebar 4 sampai 6 milimeter, hampir lutsinar dan agak mustahil untuk dilihat di dalam air.

candiru4

Ikan ini kecil pantas dan kuat berenang, licin dan lembut serta memiliki gigi amat tajam.

Ikan Candiru adalah sejenis parasit, ikan ini akan mencari ikan lain dan masuk ke celah-celah sirip ikan itu dan duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan tersebut.

Bila berdarah ikan Candiru akan menyedut darah ikan tersebut sehingga darah berhenti.

Ikan ini juga digelar ikan Vampire di Brazil.

Penduduk tempatan sangat takut dengan ikan Candiru, jika seseorang berenang di dalam kawasan yang ada ikan Candiru, ia akan masuk ke celah lubang dubur atau vagina, malah juga akan masuk ke lubang kemaluan kaum lelaki.

candiru3

Ikan Candiru amat sukar dikeluarkan kecuali melalui pembedahan dan kematian sering berlaku sebelum Candiru dapat dikeluarkan.

Membunuh ikan Candiru secara traditional adalah dengan cara menggunakan dua jenis tumbuhan yang dipanggil Xagua dan Epal Buitach dengan cara memasukkan

ke dalam tempat yang telah dimasuki oleh ikan Candiru.

Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut akan dapat melarutkan ikan Candiru dengan kadar segera.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@hakim:mesti para lelaki pegang dia punya bila dengar bende tu masuk😂

@afiqcheqq:Wow bahaya

@𝘼𝙈𝙈𝘼𝙍𝙃𝙚𝙣𝙘𝙚𝙢:bahaya jugak kan

@Gmie Apex:aduh sakit tu..

@Hollowpurple:hahaha selalu dengar kat Net GeoWild😂

@Luvvsha:ngilu dengar

Fuh, bahaya betul ikan ni. Siapa yang nak mandi air sungai Amazon tu, hati hati lah yee…

Sumber Tiktok dan Twitter Amir Wahir

Previous articleRupanya industri vape buat vape untuk menarik minat kanak-kanak dan remaja, bukan perokok
Next articleDato’ Seri Anwar Ibrahim Ulas Isu Pengeluaran KWSP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here