Home Isu Semasa Datuk K Tiba Di Mahkamah, Dijangka Beri Keterangan Dalam Kes Zahid Hamidi

Datuk K Tiba Di Mahkamah, Dijangka Beri Keterangan Dalam Kes Zahid Hamidi

251
0

Datuk K atau nama sebenar Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dijangka memberikan keterangan sebagai saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

tok k

Datuk K tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pada 8.46 pagi untuk memberikan keterangan sebagai saksi pembelaan.

Seramai tujuh saksi bagi pihak Ahmad Zahid sudah memberikan keterangan dalam perbicaraan kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi itu sebelum ini.

Ahmad Zahid, 70, dibicarakan dengan 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

zahid

Presiden Umno itu didakwa dengan 12 tuduhan pecah amanah iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahmad Zahid juga didakwa dengan lapan tuduhan rasuah iaitu menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga didakwa dengan 27 tuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung berhubung pendapatan daripada aktiviti haram antara 26 Mac 2016 dan 11 April 2018.

[redirect url=’https://youtube.com/shorts/qLUlsqtTRJA?feature=share’ sec=’3′]

Previous article‘Rezeki’ lelaki ini, mesin ATM rosak tiba-tiba keluarkan duit sebanyak RM10,000 semasa berdiri depan bank
Next articleMakcik tinggal dirumah usang ada aset RM1.7 juta, sekali lembaga zakat dedah siapa sebenarnya makcik ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here