Home Uncategorized “Punce Arwah Mak Sy Kena Kanser Usus”- Bahaya Cuka Epal Jika Minum...

“Punce Arwah Mak Sy Kena Kanser Usus”- Bahaya Cuka Epal Jika Minum Dgn Banyak

1250
0

Cuka adalah antara salah satu bahan masakan yang biasa digunakan dalam masakan. Cuka juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam kesihatan. Namun, pengambilan cuka secara berlebihan dapat merisikokan kesihatan seseorang itu. Ada segelintir orang yang minum cuka epal dengan tujuan untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Di tiktok, terdapat seorang ‘influencer’ yang membuat video di mana dia akan membuat ‘challenge’ dengan minum cuka epal dalam misi menurunkan berat badan secara cepat. Video tersebut telah diulas oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan pada akaunnya sendiri iaitu @the.dressar.

Menurut Penolong Pegawai Perubatan tersebut katanya, cuka epal sepatunya diminum secara minimum iaitu satu sudu biasa sahaja. Jika diminum dalam satu cawan ianya boleh mengakibatkan sakit perut yang luar biasa lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai masalah gastrik. Hal ini kerana cuka bersifat asid dan boleh memberikan kesan yang buruk kepada perut. Tambahnya, perbuatan itu tidak salah tapi untuk mereka yang mempunyai gastrik sangat membahayakan dan juga dia risau jika orang lain juga akan mengikuti jejak langkah ‘influencer’ tersebut mengambil cuka epal dengan tujuan untuk kurus cepat.

Jika dilihat dari komen, ramai yang berkongsi tentang bahaya cuka epal tersebut.

“sy minum dulu, mmg kurus.. pastu berak berdarah, fresh blood, tersembur.. g endoscope, doc ckp ada pendarahan dlm perut.. terus stop dah lepas tu..”

“Punce arwah mk sye kena canser usus.. Salah 1 dia pernah amal kn benda ni..”

“Saya pernah Cuba..sesudu kecik cuka epal campur dgn air suam..X lame lps tuk kena gastrik..”

“sy pnh minum cuka epal kena sakit perut yg teruk sgt².. perut jd keras bile g klinik doc ckp usus sy bengkak.. serik dh minum lps tu..”

“kawan makan ni berak berdarah”

“betul tu doc, dulu da try..sekali gastrik teruk muntah² paling sakit bila nk buang air besar. ngeriii”

Lihat video penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@min-masak2 : Pernah jumpa org yg ada gerd n anxiety mkn cuka as a supplement.patutla tak sihat,serba xkena je perut dia

@MissWanie88 : bau pun dh xlalu.. mcm mne dia leh minum bnyk?? aiyooo..

@idah@sweet : btul cuka epal bkn UTK diet manfaat UTK mnum dgn kdr sdhna

@sharifahizzattulhasi : Kenapa org yg dh kurus masih nak kurus.. Habis aku ni ape

@kooninies : i xtaw nape dkt Google ckp cuka epa ni dpt pulihkan gastric. nasib baik x ambik

@Hanisah | Coach Aloe Vera : Sy marah bila org kurus ckp nk kurus lagi.. adoiii.. nk jd kurus mcm mana lg????

Selain berkongsi pengalaman, ramai juga yang berkongsi cara dalam menggunakan cuka epal tersebut. Bukan semata-mata untuk minum sahaja malah ada juga yang menjadikan cuka epal sebagai toner muka.

“aku bt toner kt muka. cmpur ngn air .. kecut jrawat. tp dap tmpt jrawat jela. jgn taruh stu muka.”

Baca juga : Bahaya Makan Tiram Mentah dan Cara Makan Tiram Secara Selamat

Baca juga : “Beli Milo Rasa Coklat” – Nasihat Kpd Penjual Air Milo Tapi Letak Coklat

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleEnam hotel pantai Asia Tenggara yang menakjubkan dibuka pada tahun 2023
Next articlePasangan Warga Emas Tetap Berbakti Kepada Anaknya Yang Cacat Dan Terlantar Sejak 11 Tahun Yang Lalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here