Home Isu Semasa Polis Dilihat Bawa Ibu Zayn Rayyan dan Patung Ke Lokasi Kejadian

Polis Dilihat Bawa Ibu Zayn Rayyan dan Patung Ke Lokasi Kejadian

99
0

Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Mateen akan dibawa semula ke kediaman mereka di Damansara Damai hari ini, difahamkan bagi tujuan lakonan semula kejadian.

Perkara itu dilaporkan oleh wartawan yang berada di lokasi rumah mereka pada jam 10.15 pagi tadi. Ibu Zayn dilihat turun dari sebuah van putih dan menuju ke blok R di kediaman mereka.

Ibu Zayn kemudian dibawa ke lokasi kejadian di mana kanak-kanak itu ditemui, iaitu di anak sungai yang terletak 200 meter dari blok kediaman mereka.

Anggota polis yang mengiringi ibu Zayn turut dilihat membawa sebuah patung kanak-kanak yang tujuannya tidak pasti.

Setakat ini, belum ada perkongsian rasmi dari pihak polis dan siasatan masih sedang berlangsung.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Masuk Air Jugak Dia Ni, Pandai Berlakon Rupanya..” – Leona Jadi Cameo Dalam Sepahtu Reunion
Next article“Cara Dia Tunjuk Isyarat Tangan Tu..” – Ramai Curiga Lihat Kemunculan Lelaki Berkopiah Ni Dekat Apartment Zayn Rayyan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here