Home Isu Semasa “Cara Dia Tunjuk Isyarat Tangan Tu..” – Ramai Curiga Lihat Kemunculan Lelaki...

“Cara Dia Tunjuk Isyarat Tangan Tu..” – Ramai Curiga Lihat Kemunculan Lelaki Berkopiah Ni Dekat Apartment Zayn Rayyan

192
0

Satu video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki berkopiah sedang mengagihkan makanan dan minuman kepada petugas media di lokasi kejadian kes pembunuhan Zayn Rayyan semalam, menyebabkan netizen merasa curiga.

Di ruangan komen, ada juga yang mengaitkan lelaki tersebut dengan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu. Malah, ada yang menyarankan agar dia disiasat. Biar betul?

“Cara dia tunjuk isyarat tangan tu macam ada sesuatu. Cara dia toleh kali kedua tu pun mencurigakan….”

“Siasat abang ni, dari mana dia beli makanan tu? Kenapa aku rasa dia ni macam takut-takut?…”

“Niat nak bersedekah pun dikata sesuatu. Risau pula orang lain nak bersedekah dekat pengamal media yang berpanas buat liputan kes…”

“Aku ni banyak tengok movie, sampai orang hulur sumbangan pun aku syak yang bukan-bukan….”

Walau bagaimanapun, individu berkenaan yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata dia sedar dengan tuduhan yang dibuat oleh segelintir netizen dan menganggapnya sebagai gurauan sahaja.

“Tadi saya tengok siaran langsung (live) liputan kes itu, ada media sebut mereka belum makan. Jadi saya terus tapau makanan dan minuman, saya hantar dengan motor ke apartment tu…”

“Selepas kisah saya agih makanan tular, saya ada perasan juga komen-komen netizen. Saya gelak saja, tak ambil hati pun. Saya tak marah sebab faham netizen mana-mana negara pun macam tu…”

“Lagi pun saya ni duduk di taman perumahan bersebelahan apartment Zayn Rayyan. Tadi saya cuma kesiankan media…”

“Mereka nak lari daripada tugas pun payah, takut terlepas berita. Sebab tu saya agih makanan…”

Lelaki itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan komen-komen yang tidak wajar kerana ia akan mengganggu siasatan.

Azmi juga berharap agar pembunuh Zayn Rayyan dapat ditangkap dengan segera dan diberikan hukuman yang setimpal.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articlePolis Dilihat Bawa Ibu Zayn Rayyan dan Patung Ke Lokasi Kejadian
Next articleLelaki Singlet Putih Buat Video Kata Dia Boleh Je Menang Sebenarnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here