Home Viral PMX Baru Pegang 2 Jawatan, sekali MB Terengganu Pegang 5 Jawatan Yang...

PMX Baru Pegang 2 Jawatan, sekali MB Terengganu Pegang 5 Jawatan Yang Senang Buat Duit

343
0

PMX pegang 2 jawatan, MB Terengganu pegang 5 jawatan yang senang buat duit.

YB Syahir Sulaiman; MB Terengganu Pegang 5 Porfolio! – Sapu Semua Jawatan Boleh Buat Duit

1. Haritu masa debat Syahir dengan Rafizi. Syahir kata mana boleh PMX pegang jawatan PM dengan Menteri Kewangan.

2. Kiasan dia mudah, mana ada Imam Masjid jadi Bendahari Masjid.

3. Kes Terengganu ni, bukan setakat Imam Masjid pegang Bendahari Masjid. Tapi Imam Masjid tapau semua jawatan penting boleh buat duit di Terengganu?

4. Menteri Besar Terengganu pegang 5 porfolio; Kewangan, Ekonomi, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli.

5. Cakap tak serupa bikin, kononnya tatakelola baik. Akhirnya PAS buat juga.

6. Sejarah waktu kamu berkuasa 33 bulan lagi teruk zaman PN dulu, ketika kamu tebuk atap kerajaan PH.

7. Untuk pastikan semua katak-katak PN tidak lompat, semua YB diberikan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi Glc!

8. Malah diwujudkan lagi Kementerian-Kementerian baru, contohnya Kementerian Alam Sekitar, Air, Sumber Asli dan Sains Teknologi dipecahkan jadi 3 Kementerian Air dan Alam Sekitar, Kementerian Sains dan Teknologi dan Kementerian Sumber Asli dan Tenaga supaya ada Menteri dan Timbalan dilantik.

9. Menteri ditambah 2 Timbalan Menteri untuk pastikan habuan politik mereka dapat dari sabotaj Kerajaan sah.

10. Terkini Syahir jawab bila moderator Sinar Harian tanya, kenapa masa debat dengan Rafizi dia kata tatakelola tidak baik PM pegang Menteri Kewangan, tetapi di Terengganu boleh pula Menteri Besar pegang 5 porfolio?

11. Dia jawab sila baca Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu, Kerajaan Terengganu ada Pegawai Kewangan Negeri yang jaga semua urusan Kewangan Negeri.

12. Syahir ini sebagai Ahli Parlimen Bachok bekas Setiausaha Dato Seri Haji Hadi Awang tidak tahu kah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara yang jaga semua Kewangan Negara.

13. Tugas dan peranannya hampir sama dengan Pegawai Kewangan Negeri. Cuma bidang kuasa dan tugas lebih kurang sama, cuma skopnya lebih besar sebab jaga Negara.

14. Lebihnya zaman YB Dato Seri Anwar Ibrahim, walaupun dia pegang Menteri Kewangan; PMX cuma jaga belanja mengurus dan tidak campur belanja pembangunan.

15. Belanja pembangunan diserahkan kepada Menteri Ekonomi, iaitu YB Rafizi Ramli. Belanja mengurus hanya membabitkan gaji, pentadbiran dan pengurusan Negara.

16. Tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini, kerana menguruskan belanja pembangunan lah tempat yang di idamkan semua orang. Disini lah tempat banyak tempat sakau, tapi Anwar tolak.

17. Itulah hebatnya Anwar berbanding Hadi dan Muhyddin!

18. Betul betul-betul ingin reform Negara Ke arah Malaysia lebih baik.

Jalan terus DSAI! Kami bersamamu.
Syam Ghaz

mb 1

mb2

mb3

 

[redirect url=’https://youtu.be/txDckYCyzm4′ sec=’3′]

Previous article“Sikit je” -Reaksi Pemilik Lamborghini Selepas Kereta Diseret Di Laluan Tol, Raih Perhatian Ramai
Next article“Pemuda UMNO Akan Bertindak Lebih Agresif Jika Suara Mereka Diabaikan…” – Dr Akmal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here