Home Hiburan “Mummy Mengalu-Alukan Netizen Memaki Hamun Mummy..” – Mas Idayu

“Mummy Mengalu-Alukan Netizen Memaki Hamun Mummy..” – Mas Idayu

188
0

Menerusi halaman tiktok, tular satu video kongsian buletin.tiktok di mana video tersebut menunjukkan wartawan menemuramah Mas Idayu tentang isu dia memarahi Naim Daniel dan Sissy Iman yang kecoh di laman sosial baru-baru ini.

Mas Idayu berkata yang dari awal lagi Sissy Iman berkata kepada Mas Idayu yang dia tahu Mas Idayu sayang kepadanya. Mas Idayu juga berkata yang dia tidak kisah netizen memaki hamun dirinya, asalkan tidak kacau peserta Family Duo.

Mas Idayu juga berkata, ada peserta Family Duo yang mesej Mas Idayu dengan berkata “nampak sangat Mummy sayang sangat dekat Sissy Iman dan Naim, sebab mummy tak pernah marah orang lain macamtu..” Namun Mas Idayu berkata yang dia tidak mahu berkata apa-apa kerana tidak mahu orang berfikir yang dia tidak berkelakuan adil dan ‘bias’.

Mas Idayu juga berkata, mungkin Sissy Iman sudah faham dengan tindakan Mas Idayu. Hal ini kerana Mas Idayu berbuat sedemikian demi kebaikan peserta sendiri. Mas Idayu juga berkata, hanya minggu tersebut dia marah seperti itu sekali. Hal ini kerana hanya minggu itu persembahan mereka agak merundum.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Nur Nazirah463:Sy tahu mami wanita kuat, x mudah menangis, x heran dgn serangan natizen yg mana maki mami tu, Terbaik mami, 💜🤗🙏

@Tiey Zain:betul tu..sy rasa keikhlasan beliau (mummy) marah tu bersebab..tanda sayang..🥰

@Nameisnama:silap , mas idayu tak faham..org tknk dia jerit dalam tv..marah silakan. cuma pekikkat tv tu tak kena..org dgr bingit rasanya. Belakang camera tkpela

@ADHAM IDHA 🟪🟩:Nk kaber diri blk ke kakk 😅😂 .. zmn politik biasa lar…

Harap perkara ini selesai antara dua pihak. Pertandingan pun sudah habis. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Moga perkara ini menjadi tauladan kepada semua.

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous articleRezeki Mangsa Banjir, Seorg Nelayan Dpt Ikan Kelah Merah Bernilai Rm3 Ribu
Next articlePentingnya Jaga Jarak Semasa Memandu, Kabel Jalan Diseret Lori

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here