Home Dunia Penggali Kubur Temui Harta Karun Drpda Kerajaan Lama Di Tanah Perkuburan

Penggali Kubur Temui Harta Karun Drpda Kerajaan Lama Di Tanah Perkuburan

187
0

Tiga orang penggali kubur yang masing-masing dikenali sebagai Ibrahim, Ramli dan Robi’ Mas’ud telah menemui sesuatu yang amat bernilai ketika mereka sedang melakukan kerja di Kota Bima dekat Nusa Tenggara Barat.

Ketika mereka bekerja di kawasan tanah perkuburan Cuhi Pangga Pupa dan menggali pada kedalaman lebih kurang 2 meter, secara tidak sengaha telah menemui harta karun peninggalan kerajaan kuno yang menyerupai cincin emas, cincin perak, anting-anting dan gelang.

Baca lagi: Bekas jutawan kesal anak yang mewarisi harta lupa daratan

Baca lagi: Harta Karun Paling Mahal Di Dunia Milik Tamadun Melayu Melaka?

sinetronmalaya.comPenggali Kubur Temui Harta Karun Drpda Kerajaan Lama Di Tanah Perkuburan uuu

Ketua Kebudayaan, Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan Kota Bima, Munawar berkata penemuan mereka itu adalah cukup mengagumkan dan mereka menjalankan siasatan lebih lanjut mengenai penemuan tersebut.

Tambahnya lagi, penemuan tersebut bukan perkara baru malah sebelum ini juga pernah ada beberapa penduduk yang menemui barangan lain seperti mata lombak. Namun begitu penemuan itu ada yang disimpan sendiri oleh penemunya dan ada juha yang dijual pada pihak lain.

sinetronmalaya.comPenggali Kubur Temui Harta Karun Drpda Kerajaan Lama Di Tanah Perkuburan ddd

Munawar menyatakan bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada tiga-tiga penggali kubur berkenaan agar menjual harta karun tersebut kepada kerajaan jika mereka mahu menjualnya. Harta karun yang dijumpai oleh mereka juga telah dibahagi sesama mereka.

sinetronmalaya.comPenggali Kubur Temui Harta Karun Drpda Kerajaan Lama Di Tanah Perkuburan sss

Kawasan tanah perkuburan tempat dimana harta karun ditemui adalah dikenali sebagai Cuhi Pangga Pupa. Menurut laporan Okezone, Cuhi adalah penguasa kawasan utara yang juga membawa maksud ianya adalah kawasan kerajaan lama.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Anuar Zain 2.0 ni…” – Netizen kagum mendengar nyanyian artis ini
Next article“Tular Video Kucing Menangis Dapat Makanan”-Terima Kasih Orang Baik, Buat Ramai Yang Sebak
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here