Home Kehidupan Bekas jutawan kesal anak yang mewarisi harta lupa daratan

Bekas jutawan kesal anak yang mewarisi harta lupa daratan

179
0

Daut @ Kassim Jali mempunyai status jutawan sebelum ini apabila memiliki tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam serta beberapa aset dan memiliki tujuh orang anak.

photo 2023 01 21 20 27 40

Namun begitu, setelah kesemua asetnya diagihkan kepada tujuh orang anaknya yang berusia 41 tahun sehingga 58 tahun untuk diusahakan, lain pula jadinya. Beliau mendakwa, kesemua anaknya bukan sahaja “lupa daratan” malah turut mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya sehingga terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada anak-anak tiri serta isteri keduanya yang tinggal di Masjid Tanah.

“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya, nafkah sara hidup saya pun mereka tidak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya,” Katanya.

“Saya tidak mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma rasa kecewa, macam ini rupanya balasan kepada saya,” Katanya lagi.

Menurutnya, anak-anaknya dua tahun tidak menjenguknya bahkan ketika beliau ingin mengerjakan umrah.

Sebelum ini, Daut pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan berjaya memperolehi hak untuk menguruskan ladang ternakan ayam di atas dua lot tanah. Walau bagaimanapun, anak-anaknya telah mengambil kedua-dua lot tanah tersebut dan juga perniagaan ayam menyebabkan beliau kini tiada lagi sumber kewangan.

“Justeru itu, beliau akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya yang berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” Kata peguamnya.

Previous articleBaru Sahaja Tular Isu Penceraian, Begini Keadaan Syamsul Yusof Yang Ramai Belum Tahu
Next article“Knpa Tak Pkai Bju PJ” -Respon Budak Lelaki Ini Buat Rmai Yg Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here