Seorang pemandu Gram terkejut menerima duit tambang dari penumpang yang diambilnya yang bertukar menjadi daun kering apabila sampai di rumah.
Sejak kebalakanhan ini, viral di media sosial mengenai kisah pemandu Grab Car diganggu makhluk halus. Ada yang sesat, ada yang ternampak dan macam-macam lagi kejadian aneh yang berlaku terutamanya pada waktu malam.
Dalam kisah ini , seorang pemandu Grab mendakwa wang tunai yang dibayar oleh penumpangnya bertukar menjadi daun kering dalam kejadian Sabtu lalu.
Kisah itu diceritakan semula oleh isterinya, Farah dan mendapat banyak retweet dari netizen. Menurut Farah, suaminya menjemput penumpang itu berhampiran Pasar Gunung Rapat menuju ke Jalan Hoover di Ipoh, Perak.
Baca lagi: “Tengah2 Jalan Jem Yg Pi Reverse Apasal”-Salah Sendiri ,Tp Salahkan Abg Grabfood .
Baca lagi: “Dia Penat Terbang, Tu Ingt Nk Naik Grab”-Video Burung Termasuk Dlm Kereta Tarik Perhatian Netizen
Isterinya mengatakan ketika suami beliau ambil penumpang itu sekitar jam 7.10 malam, kebetulan kawasan itu berdekatan dengan rumahnya dan itu trip terakhir jadi suaminya juga terima permintaan penumpang itu. Wanita itu memang bagi duit tambang sebanyak Rm8 dalam bentuk Rm1 sebanyak lapan keping dan suaminya pun masukkan wang tersebut ke dalam dompetnya.
Isterinya juga mengatakan suami beliau sering periksa dompetnya selepas menghantar penumpang sebab beliau akan pindahkan duit tersebut ke dalam ‘pouch’. Oleh itu, apabila suaminya buka dompet duit-duit yang diterima olehnya sudah bertukar menjadi daun kering.
“Suami pun macam tak sedap hati sebab dia kata gaya perempuan tu pun pelik. Dia kata wanita tu suka gelak. Sikit-sikit gelak, bila langgar lubang pun gelak.”
“Dari gaya percakapan wanita tu orang Iseberang, tapi sampai sekarang kami masih lagi tertanya sama ada dia adalah manusia atau sebaliknya.”
“Ada juga yang cakap wanita tu mungkin hantu. Ini kerana hantu pun guna duit dekat alam bunian untuk buat sebarang pertanyaan.”
“Namun saya lebih suka buat kesimpulan wanita itu adalah manusia sebenar dan dia mengamalkan ilmutarik duit. Itu lebih logik”
“Pelik ada juga orang zaman sekarang ni nak guna ilmu untuk bayar Grab. Dahlah tambang Rm8 je, kalau Rm800 fahamlah juga”
“Jadi kepada pemandu Grab sila berhati-hati. Nasiblah tambang tadi hanya Rm8 je, kalau Rm60 ke apa, rugi kena pukau tapi saya anggap itu bukan rezeki suami” Kata isterinya.”
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA