Home Hiburan “Org Melaka Gelak Mcm Mana?” -Respon Eric Fuzi Ckp Melaka, Bt Rmai...

“Org Melaka Gelak Mcm Mana?” -Respon Eric Fuzi Ckp Melaka, Bt Rmai Yg Trhibur

232
0

Muhammad Eric Bin Muhamed Fuzi atau lebih dikenali sebagai Eric Fuzi merupakan seorang pelakon, pengarah, penerbit dan pemuzik Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Floor 88 di mana beliau menjadi pemain papan nadanya. Eric mula bergiat dalam bidang snei pada tahun 1999 melalui pentas teater dan aktif sebagai pelakon kanak-kanak di industri televisyen dan Filem Malaysia.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana babak lakonan Eric Fuzi berloghat Melaka telah membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagatnya yang secara spontan dan selamba. Eric melakonkan watak sebagai Cabi dalam drama ‘Lari Cabi Lari’.

Drama ini mengisahkan tentang Ramat atau dikenali sebagai Cabi sering dibuli dan diejek kerana mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak ramai kawan. Pada suatu hari, Selvan rakan serumah Cabi telah melihat Daniel dan rakan-rakannya membuli Cabi kerana rapat dengan Mariah. Selvan lantas mencabar Daniel supaya berhenti menganggu Cabi sekiranya Cabi dapat melayakkan diri mewakili kolej dalam acara larian 5000 meter.

Baca lagi: Gerai Musnah Akibat Dirempuh SUV di Batang Tiga, Melaka

Baca lagi: “Gaduh Gaduh Juga ! Mee Tarik Jangan Lupa”-Reaksi Sekumpulan Wanita Angkut Mangkuk Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek babak lakonan Eric Fuzi berloghat Melaka:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Eric Fuzi Floor88: Hye Assalamualaikum semua.. Ha wau u? Hau hau hau

@Kecik Chomey522: eric..eric…belom penah aku dengau org melaka gelak hau..hau..hau…nak kene lelau ke.dak eric ni…hahahahaaa

@Hakak homeopati : Aku ni baru lps bersalin czer weh!!!gigih nahan gelak ya Allah.

@KJCK TV: jgn ko eric kang budak jasin smpai kang

@cakepocci: Kalau orang Kedah cam saya ni cam mana dikkkk

@Janggut White: dia ni yg iklan membebel tu pon dh kelakar.

@Incek.Bosh : Eric ni kalau di membebel non stop. Haha filem apa tu aku lupa dah.

@shafika.duasa: orang melaka gelak paling sopan tau. siap pakej bagi doa lagi.

@Rantingkayu: Permulaan borak maki hamun dulu… Klau x tahn telinge brambus..

@Esahh.: hau hau hau macam kucing mengawan pulak bunyi nye ,mana ada kiteorg cakap macam tu

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur melihat reaksi Eric berloghat Melaka dengan secara spontan dan selamba. Lakonan Eric Fuzi juga mendapat pujian ramai dan sering membuatkan penonton terhibur dengan lakonannya. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 181.5K penonton, 16.5K sukaan dan 496 komen.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleKuantan, Jerantut Dan Raub Kini Dilanda Banjir Di Pahang
Next article“Negara Kita Mudah Sgt Bg Ic Merah Ni”-Indo Buat Perkampungan Sendiri di Malaysia
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here