in

Kuantan, Jerantut Dan Raub Kini Dilanda Banjir Di Pahang

sinetronmalaya.com banjir kam

Tiga daerah di Pahang dinaiki air banjir setakat pagi hari ini, termasuk daerah terbaharu Raub yang terjejas.

Sehingga 9 pagi, seramai 233 mangsa daripada 78 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan di Kuantan, Jerantut dan Raub.

Baca juga : Lebih Kurang 1,300 Mangsa Banjir Di Kuantan Telah Dipindahkan, Hujan Tidak Henti-Henti Sejak Semalam

Baca juga : “Seronok Betul Mandi Banjir Ye”-Water Park Indera Sempurna Kuantan

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri berkata Kuantan mempunyai 200 mangsa daripada 65 keluarga di empat pusat pemindahan manakala Jerantut mempunyai 12 orang daripada lima keluarga di pusat pemindahan.

sinetronmalaya.com banjir

 

“Raub dilanda banjir sekitar 5.30 pagi hari ini selepas Sungai Ulu Lipis pecah tebing menyebabkan 21 penduduk kampung di Kampung Ulu Sungai, Batu Malim dipindahkan ke dewan serbaguna Ulu Sungai.

“Paras air Sungai Ulu Lipis meningkat berikutan hujan lebat di kawasan hutan simpan di Hulu Perak malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata cuaca di seluruh negeri cukup memberangsangkan dan menjangkakan penurunan lagi mangsa khususnya di Kuantan hari ini.

 

Sumber : New Straits Times

Avatar of Nur Fatihah

Written by Nur Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SinetronMalaya.ComKon

“Geram Sgt Tgk Kon Tu”- Rakaman Kereta Seperti Tgh Buat Ujian Litar Hiburkn Netizen

sinetronmalaya.com Org Melaka Gelak Mcm Mana Respon Eric Fuzi Ckp Melaka Bt Rmai Yg Trhibur www

“Org Melaka Gelak Mcm Mana?” -Respon Eric Fuzi Ckp Melaka, Bt Rmai Yg Trhibur