Home Viral “Ni Baru Tenang Mudah Betul Urusan Dia, Tak Perlu Jadi Hulk…” –...

“Ni Baru Tenang Mudah Betul Urusan Dia, Tak Perlu Jadi Hulk…” – Sikap Nazim Othman Dipuji

330
0

Pelakon Nazim Othman, yang baru-baru ini menjalankan umrah, menjelaskan bahawa dia mengucup Penjuru Yamani, iaitu bahagian batu asal Kaabah yang tidak diubah, dan bukannya Hajar Aswad seperti yang tular. Nazim menyatakan rasa syukurnya kerana perkongsian tersebut menjadi viral dan menjadi sebab untuk mendalami sejarah Islam.

“Seminggu sesudah ‘posting’ (memuat naik), video itu viral (tular). Ramai yang menitipkan rasa sayu ingin menjadi tetamu-Nya, Syukur Alhamdulillah…”

“Namun, sebilangan besar tersilap tafsir bahagian yang saya kucup itu adalah Hajar Aswad tetapi ia sebenarnya adalah Penjuru Yamani iaitu bahagian batu asal Kaabah yang tak pernah diubah…”

“Blog-blog yang memuatnaik kembali ‘posting’ itu pun tidak bertanyakan kepada saya terlebih dahulu mengenainya. Namun, dari perspektif yang positif dengan video itu sebagai asbab…”

“Sekurang-kurangnya ramai yang mula buka mata mengenai struktur bangunan Kaabah itu secara tidak langsung dan terdetik hatinya untuk menunaikan ibadah umrah atau hail…”

Dalam perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nazim juga mengucapkan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mendoakan kebaikan untuknya.

“Saya bersyukur dengan perkongsian yang dimuat naik memberi manfaat.Terima kasih atas segala doa yang baik…”

“Dalam pada itu, semoga Allah menetapkan takdir yang baik-baik untuk kita semua walaupun kita tak cukup baik…”

Sebelum ini, video yang menunjukkan Nazim berada di tengah-tengah kesesakan ribuan jemaah di hadapan Kaabah, berusaha mendekati Penjuru Yamani hanya dengan senyuman, menjadi viral di media sosial. Dalam video tersebut, riak bahagia terpancar di wajah Nazim. Dia terlihat begitu berpuas hati dan tersenyum selepas mengucup batu itu walaupun berada dalam situasi sesak oleh orang ramai.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: X

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleVideo Tindakan Shuib Semasa Isteri Mengadu Kurus Dikritik
Next article“Ni Baru Betul Penyanyi..”- Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Cinta Sampai Ke Euthopia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here