Home Hiburan Nd Lala Ceraikan Fauziah Sarman Menerusi WhatsApp, Sekali Ini Respon Shila Amzah

Nd Lala Ceraikan Fauziah Sarman Menerusi WhatsApp, Sekali Ini Respon Shila Amzah

278
0

Nurshahila binti Amir Amzah atau dikenali sebagai Shila Amzah merupakan seorang penyanyi, pencipta lagu, pelakon, ahli perniagaan dan penerbit rakaman terkenal dari Malaysia. Shila juga merupakan anak kepada juga seorang penyanyi yang terkenal pada era 80-an, iaitu Amir Amzah Saleh atau lebih terkenal dengan nama ND Lala.

Dalam video klip ini menunjukkan Shila Amzah dan suaminya iaitu Ubai sedang membuat satu siaran langsung di media sosial. Namun terdapat beberapa komen mempersoalkan mengenai hubungan ibu bapanya yang pernah tular baru-baru ini.

Screenshot 2023 08 11 090756

Shila Amzah turut memberi respon di siaran langsung tersebut dan memberi pendapat sebagai anak yang menghadapi perkara sebegini. Beliau mengatakan anak-anak mereka sudahpun besar dan tidak mahu memaksa ibu bapanya untuk bersama susulan mereka berdepan dengan kemelut rumahtangga sebelum ini.

Selain itu, respon daripada Shila Amzah mengenai ibu bapanya juga raih perhatian ramai dan bersetuju dengan kata-katanya.

Lihat klip durasi pendek respon Shila Amzah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan apa yang dikatakan oleh Shila Amzah sememangnya betul dan ramai yang bersetuju dengannya. Ada juga yang mendaoakan semoga mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

Perkongsian video klip ini telah mendapat sambutan di media sosial serta mendapat perhatian daripada warganet.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Youtube dan Instagram

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleImej Seksi Jadi Bualan, sekali Nadia Brian Dedah Ciri-Ciri Suami Yang Diimpikan
Next article‘Kongsi’ Rezeki Atas Kren, sekali Tindakan Aisar Khaled Mengejutkan Ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here