Home Viral Imej Seksi Jadi Bualan, sekali Nadia Brian Dedah Ciri-Ciri Suami Yang Diimpikan

Imej Seksi Jadi Bualan, sekali Nadia Brian Dedah Ciri-Ciri Suami Yang Diimpikan

305
0

Baru-baru ini, pelakon, Nadia Brian mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia mengimpikan suami yang mempunyai ilmu serta asas-asas yang kuat berkaitan dengan agama Islam.

Susulan itu, timbul pula komen dari segelintir wargamaya yang mula mengaitkan imej seksinya dengan kenyataan tersebut.

‘Mahu dibimbing lelaki beragama’

Terbaharu, ketika ditemui OhBulan!, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, berkata, setiap orang pastinya mengimpikan untuk bersuamikan seorang suami yang kuat agama dalam membantu membimbing ke arah yang lebih baik.

Sudah tentunya, kita semua dan saya sendiri secara peribadinya nak jadi lebih baik, Insya-Allah doakan yang terbaik ya.

Jadi bila saya ditanya apakah kriteria bakal suami jadi saya cakaplah yang saya suka yang beragama, itu saja.

Mestilah kita nak lelaki yang tahu asas-asas dalam agama, yang boleh membimbing dan sama-sama berubah.

Pastinya saya pun begitu sebabnya nak berubah ni perlukan tindakan dari diri kita sendiri juga.

Nadia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana drama B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit yang diadakan di DADI Cinema Pavillion Kuala Lumpur pada Khamis.

NadiaBrianKriteriaSuami1

Dalam pada itu, pelakon filem Rumah Madu Ku Berhantu itu tidak menyangka kenyataannya itu menjadi perhatian sehingga ramai pengguna TikTok mula membuat konten untuk ‘masuk jarum’.

Saya pun terkejut mereka (pempengaruh media sosial) sampai buat konten sebegitu.

Korang jangan fikir bukan-bukan sebab tu konten je tau dan mereka pun tak adalah sampai DM saya ke apa.

Ketika ditanya mengenai komen segelintir netizen yang mengaitkan imej seksinya itu, Nadia berharap agar mereka mendoakan yang terbaik buatnya.

Sejujurnya bila cakap pasal penampilan ni saya sebenarnya tidaklah keterlaluan tapi kalau keterlaluan pada sesetengah pihak, saya mohon maaf dan saya minta doakan yang baik-baik.

Dan saya nak bagitahu sekali lagi bahawa kriteria itu merupakan jawapan kepada soalan yang diajukan kepada saya.

Seeloknya kita sesama manusia doakan untuk jadi yang lebih baik dan tak menganiaya orang.

Doakan baik-baik sebab kita pun tak tahu pengakhiran kita tu macam mana kan?

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articleSering Dibandingkan Arwah Siti Sarah Dengan Orang Lain, sekali Ibu Shuib Luah Kesedihannya
Next articleNd Lala Ceraikan Fauziah Sarman Menerusi WhatsApp, Sekali Ini Respon Shila Amzah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here