Home Viral Nama Bapa Dibuat Main, sekali Jihan Muse Dikecam Permainkan Nama Azmi Di...

Nama Bapa Dibuat Main, sekali Jihan Muse Dikecam Permainkan Nama Azmi Di ASGV

536
0

Pelakon dan personaliti TV, Jihan Muse sekali lagi dikritik gara-gara keterlanjurannya ketika mengacarakan program nyanyian All Stars Gegar Vaganza malam tadi.

Dalam video yang dimuat naik seorang individu ini di aplikasi X, Jihan ada berseloroh mengenai vokalis kumpulan Caliph Busker iaiti Azmi Saat.

“Kalau satu Azmi, Azmi Saat. Kalau 60 Azmi, jadi Azmi apa? Azmi minit…” – Jihan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Jihan tidak sensitif ketika menjalankan tugas dan tidak patut mempermainkan nama seseorang.

Malah, ada yang beranggapan lebih baik program nyanyian itu dikendalikan oleh Elly Mazlein berbanding Jihan Muse yang dianggap tiada ‘common sense’ oleh kebanyakan netizen.

Lihat video di bawah:

Sumber: X

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Patut Diorang Juara Malam Tadi..” – Gandingan Dua Lagenda, Zamani Dan Jamal Abdillah Di Gegarvaganza
Next article“Kenapa Saya Dinilai Teruk? Saya Rasa Saya Buat Okay…” – Dato Aishah Luah Rasa Tidak Puas Hati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here