Home Dunia “Naik la siapa pun, drama sama je…” – Rakyat risau melihat...

“Naik la siapa pun, drama sama je…” – Rakyat risau melihat kes Covid-19 di China naik mendadak

123
0

Mencegah lebih baik dari mengubati. Dunia telah dikejutkan dengan kenaikan kes Covid-19 di negara China baru-baru ini. Beberapa buah negara telah mengambil langkah untuk menutup pintu negara daripada pelancong China.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik pushingthi menunjukkan keadaan negara China sekarang. Klip video tersebut menunjukkan beberapa doktor yang memakai sut ‘PPE’ yang sedang menghalang sejumlah penduduk yang positif Covid-19. Negara tersebut juga telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai kes-kes baru di negara tersebut. Kerajaan juga sedia maklum mengenai dua kes baru yang telah didapati di Malaysia.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu supaya kesilapan yang dahulu tidak berulang kembali. Ramai juga yang mengatakan ini adalah drama setiap kali puasa bakal tiba. Ada juga yang mengatakan bahawa jika kerajaan ‘lockdown’, kerajaan perlu memberi wang kepada rakyat.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 19M tontonan, 124K sukaan dan 25K komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@itsmefifi: Kalau Malaysia lock down lagi…aku nak gov byr gaji tiap org yg compny x byr sepnjg lock down

@saridanyusof1: #PM10 minta belajar kesilapan yg lalu.. Mencegah lebih baik dari merawat..

@AdamKL: tgok ni Menteri2 Malaysia….masih lgi nk bawa masuk plncong china ke?

@zura: PM ke 10 tak kan buat lockdown lagi, seblm nie PM ke 8 buat lockdown udah gelarnya Bapak lockdown, tgk jela..org bijak mesti pandai laksanakan

@Chechukitchen15: ya allah dh la tengah2 sarat mengandung ni..merisaukan btl keadaan ni

@Dyana.. xian: ok jom beli mask….kejab lagi mesti naik harga balik

@aliscecoco053: pd syarikat yg x dpt teruskan perniagaan disebabkan lockdown perlu memberi pampasan selama tidak beroperasi

@Budak Highway: Drama akan bermula tidak lama lagi..

@wiraJb: dh npk dh anak bulan x raye thun ni

@Sugawife: dah mula shooting Dorang tak lama, akan tayang kat negara lain

Sumber: Tiktok, Wiki

Previous article“Takkan sebab sikit ni, kita nak down kan dia…” – Bapa mahu cikgu tampar anak kekal menjadi jurulatih
Next article“Muka Macam Tak Happy Je..” – Reaksi Hafiz Mahamad Berubah Apabila Dapat Hadiah Kereta ‘Ferrari’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here