Home Kehidupan Nafi Kahwini Tok Ram Kerana Harta, sekali Datin Alyah Dedah Identiti Sebenar

Nafi Kahwini Tok Ram Kerana Harta, sekali Datin Alyah Dedah Identiti Sebenar

258
0

Penyanyi Datin Alyah menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya berkahwin dengan maestro terkenal tanah air, Ramlis MS disebabkan harta dan kekayaan yang dimiliki.

Alyah menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini berkata, dia pernah menerima soalan daripada netizen yang mendakwa dirinya berkahwin dengan Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram disebabkan harta.

Malah, penyanyi berusia 42 tahun itu menegaskan dia bukan datang dari keluarga yang susah dan akui mempunyai harta sendiri.

“Ada yang kata saya kahwin dengan Tok Ram sebab kaya, tolong fikir-fikirkanlah. Sebab saya pun ada harta saya sendiri, saya bukanlah datang dari kelapa sawit, pokok getah, ada yang tag saya berkata begitu…” – Datin Alyah

“Allah beri saya rezeki untuk saya sendiri. Suami saya membuat keputusan untuk berkahwin dengan saya sebab memang jodoh Allah…” – Katanya

Dalam pada itu, pelantun lagu Kisah Hati itu berpendapat mahalnya sebuah perkahwinan adalah terletak pada keharmonian dan ketenangan dalam rumah tangga.

“Dalam perkahwinan ini tiada siapa yang menang tiada siapa yang salah. Pada saya mahalnya sesebuah perkahwinan itu terletak pada keharmonian dan ketenangan. Itu yang susah nak dapat…” – Katanya lagi

“Apa yang saya nak bawa dalam rumah tangga ini adalah amalan-amalan saya, sebab esok lusa tak tahu siapa yang pergi dulu (meninggal dunia), tak semestinya yang berusia itu pergi dulu…” – Tambahnya

“Saya juga pernah membuat kesilapan sebelum ini, keselipan itu yang membuatkan saya belajar banyak perkara, tapi janganlah ulangi kesilapan itu berulang ulang kali…” – Tambahnya lagi

Untuk info, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia. Hampir sedekad perkongsian hidup, pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Mesti Roslan Madun Bangga Tengok Persembahan Ni..” – Hady Mirza Nyanyi Lagu Lemak Manis Dengan Gaya Tersendiri
Next articleKena Pandai Masak, sekali Kriteria Isteri Ben Amir Raih Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here