Home Isu Semasa “Mvlut Kelvar D4rah, Lendir Bvsuk Dan Hil4ng Ing4tan…”- Mawi Dedah Alasan Senyap...

“Mvlut Kelvar D4rah, Lendir Bvsuk Dan Hil4ng Ing4tan…”- Mawi Dedah Alasan Senyap Dari Dvnia Seni, Rupa-Rupanya Al4mi G4ngguan!

155
0

PERNAH ‘hilang’ sekejap daripada dunia hiburan sekitar 2015, penyanyi dan pengarah Mawi mended4hkan dia ketika itu mengalami peny4kit misteri.

Berkongsi pengalaman itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, berkata, darah keluar dari mulut secara tiba-tiba membuatkan dia tidak boleh tidur seperti biasa.

1 716

Tambahnya, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan juga tidak menunjukkan dia mengalami sebarang penyakit.

“Masa nak gosok gigi, nak buang buih dalam mulut tapi keluar warna merah darah tapi ingatkan gusi berdarah, tapi bila kumur saja keluar darah.

“Bila baring, tiba-tiba rasa tekak ada benda mengalir, pergi toilet untuk buang air dan waktu itu darah makin lama makin banyak. Saya tak boleh nak baring dan tidur duduk.

“Tapi tak boleh nak tidur sebab darah dah mengalir dalam perut. Pagi itu pergi hospital tapi doktor tak dapat nak kesan apa-apa,” katanya.

Sesi tersebut turut disertai pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang dijemput oleh moderator selepas setengah jam siaran berlangsung.

1 717

Masa gosok gigi, nak buang buih dalam mulut tapi keluar warna merah darah tapi ingatkan gusi berdarah, bila kumur saja keluar darah.

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasi musim ketiga ini memberitahu dia juga mengalami kejadian misteri lain iaitu hilang ingatan untuk beberapa minit.

“Hari yang sama selepas Asar, benda itu keluar lagi dan saya rasa m4ti sekejap dan selepas itu saya rasa ada benda masuk dalam kepala saya balik.

“Mata saya terbuka… saya tak kenal pun siapa di keliling saya. Ada seorang perempuan menangis sambil pegang saya. Masa itu saya terfikir siapa perempuan ini.

“Bidadari ke? Rupa-rupanya isteri saya menangis. Waktu itu saya hilang ingatan kejap tak kenal isteri dan anak. Ambil masa sikit dalam 15 minit hingga setengah jam,” ujarnya.

Untuk rekod, Mawi berkahwin dengan Nora’ Asikin Rahmat pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Cahaya Malaika, 9.

1 718

Mawi bersama isterinya, Ekin dan anak mereka, Cahaya yang kini berusia lapan tahun.

Sementara itu, pengarah filem Tiada Tajuk ini mengakui kejadian misteri itu turut menjejaskan kesihatan dalaman apabila dia mula menerima banyak ‘gangguan’.

“Dalaman diganggu dan nampak bukan-bukan. Bila benda itu keluar, dah macam lava, lendir keluar. Penuh satu badan. Berbau pula tu… busuk,” katanya.

Untuk rekod, Mawi pernah mendapat gelaran gelombang Tsumawi, Mawi World, Mawimania dan Raja SMS selepas menjuarai program realiti pada 2005.

Fenomena Mawi berterusan apabila dia dijulang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2005, sekali gus menewaskan nama besar termasuk penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

1 719

Sumber:Mstar

Previous article“ibu tnggal tak sangka BFF arwh jodoh buatnya” – (Video) Dia Kwan Arwh Sjk Sklh Lgi ,Tk Sngka Dia Jdoh Sy Juga.
Next article“You jangan nangis… jangan s3dih” – (Video) Shuib Kngsi Prbualan Trakhir Arwh Siti Sarah Sbelum Ditidrkn.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here