Home Isu Semasa “You jangan nangis… jangan s3dih” – (Video) Shuib Kngsi Prbualan Trakhir Arwh...

“You jangan nangis… jangan s3dih” – (Video) Shuib Kngsi Prbualan Trakhir Arwh Siti Sarah Sbelum Ditidrkn.

161
0

“YOU jangan nangis… daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”

Itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh penyanyi Allahyarh4m Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana jangkitan Cov1d-19 pada 6 Ogos lalu.

Rakaman perbualan terakhir Siti Sarah bersama suaminya pelawak Shuib diselitkan dalam video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat.

Menurut Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, lagu dalam MV tersebut merupakan rakaman nyanyian semasa Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di MATIC, Kuala Lumpur kira-kira tiga tahun lalu.

“Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arw4h untuk ditidurkan.

shuib lagu 1

Shuib hasilkan MV Tinggalkan Diriku dalam bentuk animasi.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.

Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

SHUIB

PELAWAK

Dalam rakaman perbualan terakhir yang dikongsi itu, Shuib meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri berdepan ujian peny4kit tersebut.

“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan… you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyaAllah lepas ni kita tengok baby kita.

“Ibu… sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut.

shuib 2

Siti Sarah ditidurkan kerana kekurangan oksigen pada 6 Ogos lalu.

Siti Sarah, 37, mengh3mbuskan naf4s ter4khir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.

Allahyarh4m menjalani pemb3dahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

TONTON PERBUALAN TERAKHIR ARWAH DALAM MV LAGU TINGGALKAN DIRIKU!


Berkongsi mengenai penghasilan MV tersebut, Shuib berkata penyampaian Siti Sarah sungguh berbeza dalam lagu berkenaan kerana arw4h seolah-olah sudah mengetahui aj4lnya bakal tiba.

“Rasa seb4ak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya.

Tinggalkan Diriku merupakan ciptaan Aidit Alfian. Lagu ini dirakam pada tahun 2002 dan dilancarkan pada tahun 2003 melalui album Mimpi Pun Sama.

Lagu ini sudah berada di semua platform digital dan MV pula akan disiarkan melalui YouTube Shuib Channel mulai Jumaat.

Sumber:mStar

Previous article“Mvlut Kelvar D4rah, Lendir Bvsuk Dan Hil4ng Ing4tan…”- Mawi Dedah Alasan Senyap Dari Dvnia Seni, Rupa-Rupanya Al4mi G4ngguan!
Next article“Ni baru betul reunion” – (Video) Shuib Sepahtu Akhirnya Btul-Btul muncul ,viral di TikTok.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here