Home Uncategorized “Mummy tak rasa langsung persembahan awak berdua bagus…” – Mas Idayu

“Mummy tak rasa langsung persembahan awak berdua bagus…” – Mas Idayu

247
0

Setelah dua minggu keputusannya agak mengecewakan, Adira dan Emma Suhaimi menghasilkan kejutan dengan mencapai markah tertinggi bagi minggu ketiga Famili Duo 2023 (FD3).

Dengan tema rock, pasangan adik-beradik ini mendapat pujian juri kerana menunjukkan peningkatan yang ketara selepas beberapa minggu yang kurang memuaskan di FD3.

Menurut Ajai, walaupun Adira dan Emma mempersembahkan idea serta konsep yang sederhana, pesanan yang cuba disampaikan dalam persembahan mereka mudah difahami oleh penonton.

“Saya suka dan tak pernah terfikir dengan idea persembahan begini. Apa yang saya sukalah ialah outfit awak kerana rock tak semestinya outfit pun kena rock…”

“Yang bagusnya kamu boleh terfikir untuk jadikan isu jiran bergaduh nak bersaing sesama sendiri ni sebagai persembahan. Ia juga boleh dijadikan untuk sampaikan mesej juga, very transparent dan senang untuk orang faham persembahan awak…”

“Sejujurnya saya tak pernah lihat persembahan seperti ini…”

IMG 0941

Sementara itu, Mas Idayu beranggapan bahawa pasangan adik-beradik itu telah mula memahami konsep pertandingan FD3.

“Mummy tak rasa langsung persembahan awak berdua bagus sebab mummy rasa awak hebat…”

“Jauh sangat progress awak dari minggu-minggu yang lepas…”

“Mummy sayang korang berdua sebab korang dah faham dengan konsep pertandingan…”

Dengan menggabungkan lagu-lagu “Tiada Tangis Lagi” dan “Hukum Karma”, Adira dan Emma berjaya mencapai markah tertinggi sejauh ini, iaitu 19 mata keseluruhan daripada penilai Ajai dan Mas Idayu.

Dikendalikan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 adalah satu acara yang disokong oleh penaja utama OGAWA, bersama dengan Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Musim ini turut dimeriahkan oleh OhBulan! dan XTRA sebagai platform digital Famili, serta Hot FM sebagai platform radio Famili.

Jangan lepaskan untuk menonton Famili Duo 3 yang disiarkan secara langsung setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam di TV3 atau melalui siaran dalam talian di laman web www.tonton.com.my.

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Sumber: Tonton, Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Zamani Tetap Juara Di Hati Peminat..” – Ramli MS Jelaskan Punca Zamani Tersingkir
Next article“At Least Leona Pernah Jugak Jejak Kaki Dia Kesana…” – Azhar Sulaiman Tampil Bersihkan Nama Anak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here