Home Sedih Mimpi Ngeri berhasrat beli polisi Insurans, sekali anak Kak KM derita Jantung...

Mimpi Ngeri berhasrat beli polisi Insurans, sekali anak Kak KM derita Jantung Berlubang

203
0

Hasrat usahawan kosmetik Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM mahu mengambil insurans buat anak ketiganya bertukar mimpi ngeri apabila mendapat perkhabaran buruk tentang kesihatan remaja berkenaan.

Kak KM berkata terdapat lubang pada bahagian jantung anak perempuannya iaitu Rania Razman, 13, selepas membuat pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu syarat permohonan polisi insurans kesihatan.

“Baru-baru ini saya mahu mengambil insurans kesihatan untuk Rania tapi sebelum itu kami perlu membuat pemeriksaan kesihatannya terlebih dahulu…” – Kak KM

Perkonsian yang dibuat oleh Kak KM menerusi InstaStory miliknya.

“Rupa-rupanya lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke Hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung kos rawatan yang dibuat…” – Katanya

Kak KM mengulas mengenai perkara tersebut selepas berkongsi video di Instagram miliknya memaklumkan Rania tidak sedarkan diri selepas dibius di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dia terpaksa menerima rawatan ujian tiub selama tiga jam dan kini sedang menunggu laporan doktor untuk rawatan seterusnya…” – Katanya

“Apa yang membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tidak sedarkan diri, kaki saya terus lembik macam nak pengsan…”

Lihat posting Instagram di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleSiti Nurhaliza Buat Trend Tiktok. Ramai Tidak Sangka Tokti Ni ‘Masuk Air’ Orangnya
Next articleMinta Anak ‘Botak’kan Kepala Sebelum Jalani Kemoterapi, Sekali Responnya Pula Buat Ramai Yang Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here