Home Isu Semasa “Mereka Memang Tak Bagi..” – Hidayah Buka Cerita Sebenar

“Mereka Memang Tak Bagi..” – Hidayah Buka Cerita Sebenar

136
0

Terasa pantas masa berlalu, hari ini genaplah tiga tahun pemergian pelawak terkenal Abam Bocey meninggalkan kita semua ke negeri abadi. Selepas pemergiaannya, banyak kisah kita dengari antara pihak isterinya iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali bersama adiknya, Ali Puteh.

Malah, persengketaan antara Siti Norhidayah atau mesra disapa Dayah dan Ali yang juga pelawak dibawa ke muka pengadilan mahkamah sehingga ke hari ini.

Hidayah kecewa tak dibenarkan masuk ke rumah
Terbaharu, balu kepada Abam meluahkan kekecewaan terhadap tindakan yang dilakukan oleh ‘pihak sana’ sewaktu berkunjung ke rumah peninggalan arwah suaminya.

Isteri kepada pelawak terkenal, Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali meluahkan kekecewaan sewaktu berkunjung ke rumah peninggalan arwah suaminya.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok, Hidayah memaklumkan dia berkunjung ke rumah peninggalan arwah bersama peguamnya. Namun, kehadiran mereka ke rumah berkenaan seakan tidak alu-alukan apabila ‘pihak sana’ tidak membuka pintu meskipun sudah sejam menunggu.

Apa yang membuatkan dirinya bertambah sedih apabila jelas kelihatan kasut, motorsikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salam atau keluar bersemuka.

Tambah Hidayah, dia turut sebak melihat keadaan rumah peninggalan suami yang dipenuhi dengan semak samun.

Kontroversi bermula apabila Norhidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga, antara lain menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim.

Nor Hidayah juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya. Dalam pada itu, Ali memfailkan saman fitnah terhadap Norhidayah dan Aliff Syukri pada 27 Ogos 2020.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@fiieeyda@79: abg ipar aku dh 2 org adik beradik die meninggal..faraid mmg semue die bley dpt..tp 1 sen pon die x amek..100% die bg kat balu adik die..

@Iznee Daisy: arwah abam ni suami yg bagus . dia sediakan rmh utk isteri ank dia tp yg tak bgs nya sibling arwah . kesian dayah dh mengemis hak sendiri .. 

@adibah afandi95: ada hikmah jgk kenapa allah jemput abg bocey awl…dari situ kita boleh nmpk siapa tamakkan harta..smoga dayah tabah menghadapi ujian driNya

@Silver: rasanya lawyer tahu kot next step mcm mn. maybe kena dtg dgn polis kot. semoga urusan dayah dipermudah

Sekadar info, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Sumber: TikTok

Previous article“Wanita Ini Tertelan Jarum Ketika Memakai Mulut”-Hijabista Sila Ambil Cakna
Next articlePresiden Afrika Selatan Isytihar Darurat Bencana Krisis Tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here