Home Viral Meraung Sebab Tak Boleh Makan Biskut Cicah Milo, sekali Teguran Penerbit Buat...

Meraung Sebab Tak Boleh Makan Biskut Cicah Milo, sekali Teguran Penerbit Buat Fasha Sandha Nekad Hilang 18kg

343
0

Teguran penerbit drama Rampas Cintaku tentang berat badannya yang meningkat membuatkan pelakon Fasha Sandha nekad mengamalkan diet bagi mendapat bentuk tubuh ideal.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39 berkata, syarat itu juga dimasukkan dalam kontrak sekiranya drama bersiri drama bersiri berkenaan dilanjutkan untuk musim kedua.

“Penerbit saya beritahu kalau ada musim kedua Rampas Cintaku saya perlu menguruskan badan malah dia masukkan sebagai syarat dalam kontrak yang menyatakan berat badan saya perlu 60 kilogram ke bawah…” – Fasha Sandha

“Belum pernah ada penerbit cakap macam itu pada saya, selama ini saya ‘chubby’ macam mana sekali pun tetap ada penerbit panggil saya berlakon…” – Katanya

“Saya rasa dia body shaming saya tapi mungkin juga beri semangat untuk saya kurus. Tapi apabila balik memang saya rasa down…” – Fasha

Pelakon itu berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui pada acara Zumba bersama Fasha Sandha di Kuala Lumpur yang berlangsuung pada pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Fasha berkata, kesan daripada itu dia pernah menangis gara-gara rasa bersalah untuk menikmati makanan kegemarannya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu dia bimbang untuk makan biskut kering cicah bersama Milo kerana berat badannya belum menunjukkan penurunan selain hidangan ini mempunyai kalori tinggi.

“Saya menangis macam meraung sampaikan suami saya tanya mengapa saya menagis. Saya beritahu suami yang saya nak minum Milo cicah biskut sebab kalori tinggi dan berat badan tak turun, saya takut nak makan…” – Katanya

Lihat klip video di bawah:

@inayahbeautytrading♬ original sound – Inayah Beauty Trading

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleSyamel Luah Tidak Pernah Ada Ruang Untuk ‘Healing’, sekali Air Muka Ernie Zakri Berubah Mengejutkan Ramai
Next articleTerbongkar! Isteri Bell Ngasri Buka Mulut Kisah Sebenar Dedah Pengarah Yang Kata Bell “Ketot”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here