Home Viral Mengaku “Buat Muka”, sekali Zoey Rahman Lakukan Pembedahan Wajah Untuk Kepuasan Sendiri

Mengaku “Buat Muka”, sekali Zoey Rahman Lakukan Pembedahan Wajah Untuk Kepuasan Sendiri

376
0

Pelakon Zoey Rahman mengakui bahawa dia lebih berkeyakinan selepas melakukan transformasi pada wajahnya yang membuatnya kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenarnya.

Walaupun menerima kritikan dari beberapa netizen, Zoey, atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 38, menyatakan bahawa dia enggan mengambil peduli, kerana perubahan tersebut dilakukan untuk memenuhi kepuasan dirinya sendiri.

“Kita kena sentiasa positif dan sentiasa hidup sihat serta jauh daripada orang toksik, orang tak suka abaikan saja, itu dalaman tapi luaran kena la jaga cuci muka sentiasa okay…” – Katanya

“Muka kena jaga malah saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu…” – Katanya lagi

“Saya tak peduli dengan apa yang orang nak cakap pasal saya, lagipun saya buat bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri, yang penting keluarga terima saya seadanya serta rakan-rakan pun okay dan terpulang kalau tak suka pun tak apa…” – Jelasnya

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEeY RAHMAN (@zoeyrahman)

Sumber: Youtube, Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleDidie Alias Tidak Dapat Tahan Sebak Lihat Insan Istimewa Menyanyi Lagu Jerat Percintaan
Next article“Suara, Tarian Dia Sebijikk. Memang Michael Jackson Malaysiaa..” – Persembahan Buskers Di Sabah Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here