Home Viral “Memang Saya Tulis Jangan Besarkan Isu Tu…” – Yana Samsudin Jawab Isu...

“Memang Saya Tulis Jangan Besarkan Isu Tu…” – Yana Samsudin Jawab Isu Sokong Tindakan Shuib

137
0

Yana Samsudin menerima kecaman hebat daripada netizen di media sosial selepas memberikan komen mengenai isu tunggakan bayaran caruman KWSP yang dihadapi oleh pelawak Shuib Sepahtu.

Pelakon tersebut mengakui rasa terkejutnya apabila komen yang dibuat disalah tafsir oleh netizen, dan ada yang mendakwa dia seolah-olah ingin membela rakan artis.

“Ramai yang salah faham apa yang saya tulis dekat komen tu, saya percaya dengan integriti pegawai setiap institusi sebab kalau diwujudkan pasti ada sebab nak lindungi hak pekerja…” – Yana Samsudin

“Memang saya tulis jangan besarkan isu tu tapi saya bagi cadangan sebaliknya orang hanya baca bahagian atas saja dan marah saya, akhir ayat pun saya siap doakan lagi agar masalah kedua-dua pihak dapat selesai…” – Katanya

“Ada yang faham maksud saya tapi ada juga yang kata saya ni nak sokong rakan artis dan tak peduli dengan nasib mangsa sedangkan saya mengajak orang untuk menggunakan saluran yang betul…” – Katanya lagi

“Saya agak terkejut juga dan jujurnya saya tahu perkara ini sebab pernah lalui dulu sebagai pekerja juga, kadang-kadang bila terlampau mangsa dekat luar tu mereka tak tahu nak lepaskan dekat siapa jadi kenapa saya pula yang kena sedangkan niat saya lain…” – Tambahnya

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Youtube

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Saya Tak Faham Bila Kata Saya Berhibur dan Bermewah…” – Shuib Kesal Cerita Ditokok Tambah
Next articleSharif Dan Syaiful Zero ‘Gegarkan’ Pentas Family Duo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here