Home Hiburan “Masa Saya Viral, Ramai Doakan Saya Jatuh Terduduk. Alhamdulillah Sekarang Rezeki Bertambah..”...

“Masa Saya Viral, Ramai Doakan Saya Jatuh Terduduk. Alhamdulillah Sekarang Rezeki Bertambah..” – Abang Tesla

101
0

Heboh di laman sosial suatu ketika dahulu apabila Abang Tesla mengumumkan yang dia sudah berkahwin dua. Ia mendapat pelbagai respons dan tanggapan dari netizen.

Terkini, Abang Tesla mendedahkan dia menerima banyak mesej yang menawarkan diri untuk menjadi isteri ketiga.

Abang Tesla bagaimanapun berkata, dia memilih untuk tidak melayan mesej tersebut dan menganggap ia sebagai gurauan dan juga perangkap untuk menjatuhkan dirinya.

@mstarmalaysia Part 1 – Ramai tunggu jatuh tapi syukur rezeki Abang Tesla mencurah-curah… Terima banyak DM mahu jadi isteri ketiga #sembangentertainment #viral #fyp #abgtesla #beritaditiktok #madu ♬ original sound – mStar Official

“Itu semestinya ada (mesej untuk jadi isteri ketiga), tidak dinafikan. Tapi saya anggap ia sebagai gurauan dan perangkap.

“Seperti kita tahu, kalau benda senang datang ini (mesej tawar menjadi isteri) dia sama ada perangkap ataupun orang itu mahukan duit,”

Dalam masa sama, Khal juga memberitahu rezekinya dan keluarga melimpah ruah meskipun menerima kecaman hebat sebelum ini.

“Sebelum ini masa viral, orang nak saya jatuh, terduduk. Alhamdulillah sekarang rezeki saya semakin bertambah dan juga rezeki isteri bertambah. Apa yang netizen mahukan (jatuh) tidak terkena kepada saya,” ujarnya.

Previous article“Dia Tak Ingat Ke Dia Mengandung..”- Peminat Seriau Tengok Shila Amzah Selamba Menyanyi Sambil Melompat
Next article“Duduk Bod*hkan Orang Sekali Aib Sendiri Dibuka Terus Biru Muka…” – Respon Ustaz Azhar Idrus Tidak Faham Bahasa Arab Raih Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here