Home Viral “Mama boleh ada baby lagi tak, Nak girl ke…” – Puteri Sarah

“Mama boleh ada baby lagi tak, Nak girl ke…” – Puteri Sarah

258
0

Sebuah klip video telah tular mengenai Influencer dan Pelakon Wanita Terkenal, Puteri Sarah yang telah bertanyakan soalan kepada kedua-dua anaknya iaitu Sumaiyyah dan Syaikul.

“Mama boleh ada baby lagi tak…” – Puteri Sarah

Soalan daripada pelakon tersebut telah mengejutkan anaknya. Anak sulungnya, Syaikul mengatakan bahawa beliau mahukan seorang adik lagi tetapi anak bongsu menjerit dengan mengatakan bahawa beliau tidak mahu adik kecil menggantikan status dirinya sebagai adik.

“Nak girl ke Abang…” – Puteri Sarah sambung bertanya

Perbualan tersebut telah diteruskan dengan persoalan Puteri Sarah terhadap anak lelakinya mengenai jantina bakal ahli keluarganya kelak.

Walau bagaimanapun, soalan Puteri Sarah tersebut telah mengejutkan segelintir warganet. Ada yang mengatakan bahawa Puteri Sarah telah memberikan ‘hint-hint’ untuk para peminatnya. Ramai juga yang turut mendoakan agar urusan Puteri Sarah mencari jodoh yang tepat dilancarkan.

Lihat klip video di bawah:

@ika_viralshop #syaikulsummayah #psl #andiarsyil #andiarsyilfans #puterisarahliyanaterkini #ikaviralshop #puterisarahliyana #syaikulsumayyahofficial ♬ ♡ ᶫᵒᵛᵉᵧₒᵤ ♡ – SoBerBoi

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Tak Sangka Suara Sam Sedap..” – Shaheizy Sam Nyanyi Lagu Peterpani Lagu Peter
Next article“Mana Yang Pergi Menjauh Sebab Status Ayah Bukan PM, Okay Saja Sebab Penat Nak Melayan Semua…” – Dafi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here