Home Info Malang Tidak Berbau, Kanak-Kanak Maut Dilanggar Trak Ketika Bermain Skuter

Malang Tidak Berbau, Kanak-Kanak Maut Dilanggar Trak Ketika Bermain Skuter

275
0

MALANG tidak berbau, seorang kanak-kanak yang sedang bermain skuter di dalam sebuah kawasan perumahan dipercayai maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda. Kemalangan itu difahamkan berlaku di taman perumahan, Eco Spring, Johor Bahru, Johor dan turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kediaman berdekatan lokasi kejadian.

Berdasarkan klip tersebut, sebuah kenderaan trak pikap berwarna hitam dilihat sedang memasuki sebuah lorong jalan di kawasan tersebut yang ketika itu turut dilalui oleh kanak-kanak tersebut.

kuter

Menurut laporan The Star, kanak-kanak yang meninggal dunia di tempat kejadian tersebut berusia tiga tahun manakala pemandu kenderaan terbabit pula difahamkan berumur 32 tahun. Dalam pada itu, difahamkan, pemandu trak pikap berkenaan adalah orang luar dan bukan residen taman perumahan berkenaan. Daripada dapatan di Facebook, ada yang mendakwa pemandu berkenaan ialah kontraktor yang dipercayai mempunyai kerja-kerja pembinaan dan ubah suai di taman perumahan itu.

Previous articleChef Wan Cerita Reaksinya Selepas Dapat Tahu Hidap Kanser Limfoma, Buat Ramai Yang Sebak
Next articleKomposer Terkenal, David Foster Tergamam Lihat Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Celine Dion

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here