Home Hiburan Komposer Terkenal, David Foster Tergamam Lihat Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Celine Dion

Komposer Terkenal, David Foster Tergamam Lihat Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Celine Dion

625
0

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kembali berkongsi pentas dengan penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Eksklusif ‘Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023’ di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di sini, pada 7 Ogos semalam.

Konsert itu turut menampilkan penyanyi antarabangsa yang lain seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred dan Katharine McPhee, merupakan anjuran sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan, Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dengan kerjasama B De Paris Beauty Project Ent.

Menjadi satu-satunya artis jemputan tanah air, Siti Nurhaliza tidak mensia-siakan peluang yang diberi dan memberikan sebuah persembahan terbaik. Beliau menyanyikan lagu berjudul The Power Of Love.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza membuatkan ramai tergamam dek kerana kawalan vokalnya yang begitu baik. Ramai yang kagum dan mengatakan dirinya setaraf dengan penyanyi asal lagu tersebut, Celine Dion.

Previous articleMalang Tidak Berbau, Kanak-Kanak Maut Dilanggar Trak Ketika Bermain Skuter
Next articleBaru Sahaja Lepas Kahwin, Sekali Shila Amzah Dedah Sesuatu Tentang Ubai Dalam Live

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here