Home Viral Lelaki rasa bangga kenakan pasar raya yang tak sediakan plastik beli barang,...

Lelaki rasa bangga kenakan pasar raya yang tak sediakan plastik beli barang, sekali ini yang terjadi

166
0

Lelaki rasa bangga kenakan pasar raya yang tak sediakan plastik beli barang, sekali ini yang terjadi. ejak beberapa tahun belakangan ini, sudah banyak pasar raya menyahut kempen tiada beg plastik dalam usaha mengurangkan sisa plastik di negara ini.

Justeru, pembeli disarankan bawa beg sendiri dan ada segelintir tidak kisah jika dikenakan caj untuk satu beg plastik.

Namun, kisah seorang individu yang berkongsi cerita dan pengalamannya membeli barang di sebuah pasar raya telah mengundang kecaman netizen.

Pasar raya tak sediakan beg plastik

Seorang pengguna Facebook menerusi Group B40 Buat Perangai Apa Harini mendakwa pasar raya yang dikunjunginya tidak menyediakan beg plastik untuk pelanggan membawa pulang barang-barang yang dibeli.

Tambahnya lagi, dia membeli barangan basah seperti ayam dan ikan dan beberapa barang keperluan lain yang mana kosnya mencecah lebih RM300.

Apabila hendak membuat pembayaran di kaunter, diketahui pasar raya terbabit tidak menyediakan beg plastik.

Disebabkan tiada beg plastik disediakan, dia mendapat idea untuk mengelak dan melarikan diri daripada membayar barang yang dibeli.

“Selepas ke kaunter dia scan keseluruhannya dan tolak tepi (barang) lalu minta saya buat bayaran. Saya kata macam mana nak bawa balik tak ada plastik? Dia kata memang tak bagi plastik.”

“Saya kata okay sekejap. Saya ambil bakul dekat kereta. Dia kata bayar dulu boleh encik? Sebab belakang tu ramai orang beratur nak bayar. Kalau boleh tak nak tunggu,” tulisnya.

Dia kemudian mencipta alasan tertinggal wang di dalam kereta dan ‘terpaksa’ meninggalkan barangan dibeli di atas kaunter.

[redirect url=’https://youtu.be/txDckYCyzm4′ sec=’3′]

Previous articleHaram Sebar Video Mayat Tragedi Pesawat Terhempas – Dr Zulkifli
Next articleJadi Model Tudung Jenama Aliff Syukri, sekali Kata-kata Ira Kazar Meraih Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here