Home Hiburan “Kwn Dah Brtahun, Tpi Bru Skrng Tahu Yg Dia Pndai Bahasa Isyarat”...

“Kwn Dah Brtahun, Tpi Bru Skrng Tahu Yg Dia Pndai Bahasa Isyarat” -Netizen

287
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok johnlemmonnn, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang pelakon dan juga penyanyi iaitu Alif Satar yang sedang melayan peminatnya untuk mengambil gambar bersama. Apa yang dikatakan oleh pemilik video klip ini mengatakan, beliau sudah berkawan selama bertahun-tahun dengan selebriti tersebut namun beliau baru sahaja mendapat tahu bahawa Alif Satar boleh menggunakan bahasa isyarat. Reaksi Alif Satar melayan peminatnya sambil menggunakan bahasa isyarat itu telah mendapat pujian ramai.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan Alif Satar sememangnya boleh menggunakan bahasa isyarat kerana ibunya merupakan seorang guru yang mengajar dalam bahasa isyarat. Reaksi Alif Satar juga raih perhatian ramai dan mendapat pujian dari warganet. Perkongsian video klip ini juga telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.4M penonton, 191.2K sukaan dan 2136 komen.

Pemilik video klip ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Alif Satar is the true definition of Jack of All Trades!”

Baca lagi: Patutlah Alif Satar Menang, Rupanya Sehari Sebelum AJL Dia Belanja Semua Orang Makan

Baca lagi: “Minta Maaf Bang..”- Alif Satar Dgr Penonton Kutuk Lakonan Filem ‘Rasuk’ Dalam Wayang

Lihat klip durasi pendek Alif Satar layan peminat sambil menggunakan bahasa isyarat:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Iman Rashid: SEORANG ARTIS YANG JARANG AND SUSAH LAAA NAK ADA GOSIP”

@ameerulkhan: Mak dia cikgu skolah aku dulu ajar bahasa dalam sign language. Confirm anaknya pandai jgk. Skolah kami ada pelajar khas sign language.

@Hidayahaljanashop: Tolong lah serapkan silibus sign language kt sekolah..boleh sama2 belajar..ilmu nii

@Nurul Syamila Salim: Org bisu ni kalau dia dpt tau kita yg ok ni tau sign language,dorg rasa bangga… dorg happy sgt2..tgk la muka pcik tu ceria je tgk alif sembang dgn dia

@Nurfazera Abd Mulok: Mak abg aliff guru pendidikan khas utk anak2 bisu dan pekak , adik beradik abg aliff semua faham bahasa isyarat.

@HanimSabri: follow alif dri one in the milion, last perfomence dia, dia ade sign language untuk persembahan dia.. tp x igt lagu ape… best.

@Caplennnn: Ada cerita dia berlakon dengan naim daniel tu dia pakai bahasa isyarat gak kan

@BoringPanda: Ni sebb kenape aku mengidolakan alif satar sangat² ..Man of Many Talents..

@Dr.Wahida|Study&TesisTips: terus jadi mcm member2 je pakcik tu dgn alif..friendly betul alif.sy ni introvert.kdg2 nak ramah dgn strangers pun susah..proud tgok org cam alif ni

@MaeRhmn: SUDAHHHHH CUKUPPPPP!!!! JANGAN LA TAMBAH REASON KENAPA AKU KENA TERUS JD FANS DIA NIIIIII ADUDUDUDU IDOLAAA!

@___mamanayla: alif satar neh mcm arwah p.ramli.. artis serba boleh.. muka pon manis.. bak kata arwah p.ramli, handsome tiada, manis ada..

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Lelaki Ini Ditahan Kerana Bergurau Dengan Polis”-Salah Server Betul Ajak Gurau
Next article“Punyalah Santai Gaya Tuanku”-Tuanku Kena Game, Disangkakan Rambut Rupanya Topi
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here