Kisah ini pernah ditular dahulu mengenai satu kisah yang mungkin agak lawak dan lucu bagi beberapa orang. Kisahnya mengenai seorang penyamun dengan berani meragut seorang wanita di bank namun tak sempat membawa balik motosikalnya yang enjinnya masih hidup. Akibatnya dia akhirnya terpaksa serah diri gara-gara satu sebab yang langsung tak dijangka.
Perkongsian ini diceritakan oleh seorang wanita menerusi laman Facebook milik Ayus Haiqal, kisah seorang wnaita ini yang bernasib malang apabila diragut dihadapan sebuah bank oleh penyamun. Menurut pemilik akaun ini mengatakan kejadian itu berlaku pada hari Jumaat malam di hadapan sebuah bank, dan penyamun tersebut melarikan diri selepas meragut dan meninggalkan motosikalnya dalam keadaan enjin tidak dimatikan.
Wanita tersebut juga telah membawa motosikal itu terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Namun ketika dia membuat laporan polis, perkara yang tidak sangka terjadi.
Pemilik akaun ini mengatakan:
“Si peragut datang ke balai dalam keadaan menangis, dan katanya motor tu bini dia punya. Dia takut bini dia marah, tapi menyamun dia tak takut pula”
Baca lagi: “Nasib Baik Tak Lesap Terus Sebiji Motor” -Netizen
Baca lagi: “Kwsn Kes Samun Tu” – Kejadian Aneh di Jln Bundasan Kota Marudu Jam 3 Pagi
Disebabkan itu, habis satu balai tertawakan penyamun tersebut, dari nak geram terus berdekah dibuatnya baca kisah wanita ini. Rata-rata netizen juga turut tertawa dengan kisah insiden ragur ini. Barang-barang yang diragut juga dapat dikembalikan kepada wanita berkenaan.
Semoga lelaki itu insaf dan tolong janganlah mengulangi perbuatan ragut-ragut sebegini, sebaliknya cuba cari rezeki yang halal dan tidak menyalahi undang-undang.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA