Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok harilaksanabintang7, dan telah ditular baru-baru ini.
Lelaki ini cerita kisah benar mengenai seorang pemuda yang bernama Mohammad Ashraf Hassan dikenali sebagai Acap telah hilang setelah menyertai sebuah acara larian di Gopeng, Perak pada April 2019, keberadaan beliau terus menjadi tanda tanya hingga kini.
Dikatakan beliau ditangkap jin, bernikah dengan bunian serta mahu terus duduk dalam gua tidak mahu balik adalah antara dakwaan yang sempat berlegar.
“Orang luar semua datang tunjuk pandai, hingga membelakangi orang kampung. Dah kata jangan naik tapi degil”
Sekali lelaki ini kongsi kisah sebenar tentang kehilangan Acap, lihat klip durasi pendek penerangan beliau:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@makhluk_Allah87:betul…bukn semua org boleh naik batu putih tu,org kg kwasan kg chulek,kemensah,diorg bnyak thu hal ni,diorg ada yg tpilih pmgang kunci kt sana,
@norleha le:saya percaya kejadian itu sebab saya pun hilang dlm hutan termasuk dlm pokok buluh kuning
@Khid:2 kali pegi caving and water rafting kat gua tempurung. Alhamdulillah ok. Kita buat aktiviti bagi salam dlu. Gi niat baik beriadah.Lain srah pd Allah.
@anacarey543:tp skrg ni dah tkde sapa pun org luar naik cari Acapkan..tk balik jgk Acap tu..kesiannya dia
@rozaliibrahim4:Sampai skrg pun x jumpa lg.. Apa cerita.. Ckp aja pun x guna.. Masalah x selesai..
@Kak Ni:Misteri sgt kejadian ni. Sampai sekarang belum jumpa. Apa sebenarnya..
@Pojie_Unie:4 thn sdh blalu smoga 1 msa acap blk ke pan…
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2.1M penonton, 79.3K sukaan dan 2299 komen.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram