Home Viral Kerja Separuh Nak Mamp*s, sekali Kawan Baik Dedah Kewangan Syada Amzah

Kerja Separuh Nak Mamp*s, sekali Kawan Baik Dedah Kewangan Syada Amzah

422
0

Personaliti media sosial, Elcah yang juga merupakan kawan baik kepada penyanyi, Syada Amzah turut terkena tempias dengan pergaduhan keluarga Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Elcah menjawab dakwaan yang mengatakan Syada tidak bekerja dan hanya mengharap duit daripada Shila.

Kata Elcah, penyanyi berumur 25 tahun itu bekerja keras mencari rezeki bagi menyara kehidupan sendiri. Bagaimanapun jelasnya, rezeki Syada tidak serancak seperti kakaknya yang ‘back to back’ keluar bekerja.

“ Untuk sesiapa yang suruh aku pesan ke Syada pergi kerja. Macam mana korang tahu Syada tak kerja? Kau tak tahu dia macam nak mampos kerja, cari job sana sini…” – Elcah

“Usaha sana sini tetapi Allah dah tetapkan di situ sahaja rezekinya, tak sehebat kakaknya. Lepastu kau nak suruh Syada buat apa? Salahkan Tuhan ke?…” – Katanya

Tambah Elcah, dia mengenali keluarga ND Lala dan Fauziah sudah lebih 10 tahun. Elcah menyifatkan ahli keluarga ini mempunyai akhlak yang baik bukan seperti yang dipertonton di media sosial.

Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.

Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.

Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.

Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.

Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.

Lihat posting di bawah:
Elcah

Sumber: Instagram

Previous articleBertikam Lidah Dengan Menantu, sekali Video Sheila Rusli Bersama Elisya Sandha Mengejutkan Ramai
Next article“Terima Kasih Kerana Mengekalkan ADAB Budaya Kita…” – Nd Lala

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here