in

Kereta Meletup Berpunca Dari Gas Yg Keluar Drpd Tong Gas Dalam Kereta

SinetronMalaya.ComMeletup

Baru sahaja dua hari yang lepas tular sebuah berita di mana sebuah kenderaan jenis Saga yang meletup akibat daripada gas yang keluar daripada tong gas disyaki berada di dalam kereta tersebut. Kejadian berlaku pada pagi sabtu bertempat di tempat letak kereta di bawah Flat Dahlia di daerah Bentong.

Menerusi gambar yang telah tular di twitter sejak semalam, dapat dilihat keadaan Saga tersebut yang rosak teruk. Difahamkan Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke tempat kejadian susulan mendapat panggilan dan mendapati bahawa letupan tersebut benar berlaku dan dipercayai berpunca daripada tong gas.

WhatsApp Image 2023 05 07 at 6.57.41 PM WhatsApp Image 2023 05 07 at 6.5 1

 

“Tong gas tersebut diletakkan terbaring di tempat duduk penumpang belakang, letupan tersebut tidak menyebabkan kebakaran dan kemalangan kepada mangsa”

WhatsApp Image 2023 05 07 at 6.5 2

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan jangan meletakkan bahan mudah terbakar serta mudah meletup di dalam kereta terutama pada musim suhu panas ketika ini.

Lihat posting penuh di twitter :

Lihat juga komen netizen :

@izzats : Ni mesti kes pergi kedai beli gas pastu lupa nak angkut bawak masuk rumah.

@den1662 : Dia modify kereta untuk pakai tong gas, illegal modification dan tak selamat, bukan macam NGV

@stay2pku : Apa hal dibubuh tong gas dalam kereta. Adoi.

@zahir_tahgudin : Musim panas ni bahaya

@siddiqje : Ok pastikan guna tong gas tu bagi habis dulu baru bawa

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter dan Utusan Malaysia

Avatar of Nur Elisha

Written by Nur Elisha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SinetronMalaya.ComLJ

“LJ Ni Aku Tgk Makin Lama Makin Hitam, Dh Mcm Org Kampung”-Ini Jawapan Liyana Jasmay

Screenshot 2023 05 08 135637 1

Linda Hashim Dedah Punca Penceraian Hubungannya Dengan Beego, Memang Pedas Ayat Dia