Home Isu Semasa Kerajaan Perlis Enggan Pakai Logo Malaysia Madani Sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos...

Kerajaan Perlis Enggan Pakai Logo Malaysia Madani Sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos Ini

219
0

Kerajaan negeri Perlis melihat tiada masalah bagi negeri itu untuk menggunakan tema rasmi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ yang dilancarkan oleh kerajaan persekutuan pada 27 Mei lalu sebagai slogan bagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri itu.

perlis

Bagaimanapun, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu menolak penggunaan logo rasmi dan frasa ‘Malaysia Madani’ yang digunakan dalam tema berkenaan.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu perkembangan daripada pucuk pimpinan PN berhubung penggunaan logo dan slogan sambutan Hari Kebangsaan di negeri itu.

“Setakat ini (saya) belum dapat apa-apa lagi daripada pucuk pimpinan (PN) jadi kita kena tunggu dan lihat dahulu dan perkara ini juga akan dibincangkan dengan pucuk pimpinan PN terlebih dahulu.

“Namun, saya melihat kita (kerajaan negeri) boleh sahaja ikut (kerajaan pusat), tiada masalah cuma kita tidak pakai logo Malaysia Madani itu sebaliknya kita pakai moto (tema) sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Anugerah Seni Budaya Negeri Perlis anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Perlis, di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, isu penggunaan dua logo dan slogan bagi sambutan Hari Kebangsaan bukanlah sesuatu yang baru kerana pada 2012 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Ketua Umum PKR serta berada dalam blok pembangkang Pakatan Rakyat pernah mengatakan bahawa penggunaan logo dan tema alternatif bagi sambutan Hari Kebangsaan adalah tidak salah dan tidak akan memecahkan belahkan rakyat.

Sementara itu, sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri Perlis akan dilaksanakan di Mini Putrajaya, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Persiaran Wawasan, Kangar pada malam 30 Ogos hadapan.

Previous articleMadani Jamin Masa Depan Negara Tanpa Pencen
Next article“Penyondol” Mengaku Hantar Sihir Sehingga Anak Dalam Kandungan “Hilang”, sekali Isteri Pelakon Dedah Hal Sebenar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here