Home Viral “Penyondol” Mengaku Hantar Sihir Sehingga Anak Dalam Kandungan “Hilang”, sekali Isteri Pelakon...

“Penyondol” Mengaku Hantar Sihir Sehingga Anak Dalam Kandungan “Hilang”, sekali Isteri Pelakon Dedah Hal Sebenar

646
0

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang wanita yang didakwa sering menganggu rumah tangga mereka sehingga tergamak menghantar sihir pemisah.

Dakwa Nilam, wanita itu mengaku ada menghantar sihir dan pernah mengirimkan video-video lucah bersama suaminya itu sebelum ini.

Manalah maruah kau ni kan? Tak habis dengan sihir kau hantar dekat aku. Kau nampak tak jalan, kau nampak aku sihat, kau hantar screenshot bagai macam-macam dekat aku. Hari ni kau hantar video kau dengan Komeng.

Tidak tergugat dengan ugutan dan ancaman wanita itu, Nilam menerusi TikTok berkata dia sama sekali tidak ‘melantun’ sebaliknya perbuatan itu hanya menunjukkan bahawa betapa rendahnya maruah individu itu seabgai seorang wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nilamOrtiz (@nurnilam_ortiz)

Nilam juga menafikan bahawa dia cuba untuk memburukkan suaminya dan menganggap setiap orang pernah melakukan kesilapan.

Kisah lepas Azlan Komeng aku tak hirau, tak heran, aku tak mahu campur, aku tak mahu tahu. Setiap orang ada kisah silam. Sekarang ni aku nak berjalan dengan dia. Janganlah campur, sudah-sudahlah.

Malah, Nilam juga mendakwa bahawa dia ‘kehilangan’ anak dalam kandungan gara-gara sihir yang dihantar wanita itu.

Saya sepatutnya melahirkan anak-anak saya pada September tetapi saya dan suami sekarang berada dalam keadaan berharap. Bukan keguguran tetapi hilang, perkara ini disebabkan sihir pihak sana yang mahukan suami saya tapi tak dapat.

Difahamkan, Nilam dan Azlan sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada Mei lalu berkenaan gangguan pihak ketiga dan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Lihat klip video di bawah:

@puan_nurnilamortiz_ Hopefully boleh memberi sedikit pencerahan🤞🤞🤞#AkN💞 #AMK💞 #nurnilamORTIZ #penyondolberzamantersakiti😂 #pembelitdahketahuan #wifeazlankomengSAH #abbiabbioyan ♬ original sound – Puan Nilam

Sumber: Youtube, Instagram, Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articleKerajaan Perlis Enggan Pakai Logo Malaysia Madani Sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos Ini
Next article“Saya Taknak Ulas Isu Poligami..” – Caprice Takut Bini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here