Home Viral “Kenapa Buat Rumah Atas Tanah Orang…” – Penduduk Kg Sri Makmur Enggan...

“Kenapa Buat Rumah Atas Tanah Orang…” – Penduduk Kg Sri Makmur Enggan Pindah

178
0

Netizen mempersoalkan tindakan penduduk di Kampung Sri Makmur, Gombak yang enggan meninggalkan perkampungan tersebut walaupun sudah menerima notis daripada pihak berkuasa.

Menerusi satu perkongsian di X, @Amrlamnnn telah memuat naik semula satu video yang menunjukkan jengkaut dan lori cuba memasuki kawasan perkampungan itu untuk menjalankan tugas mereka.

Namun begitu, penduduk kampung itu menghalang jentera tersebut daripada masuk ke dalam kampung mereka dan berkumpul di tengah jalan.

Disebabkan itu, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan untuk mengosongkan jalan tersebut bagi memberikan laluan kepada jengkaut dan lori.

Bagaimanapun, penduduk di perkampungan itu enggan meninggalkan jalan tersebut sehingga pihak berkuasa terpaksa menolak mereka.

Pada ruangan kapsyen, @Amrlamnnn menjelaskan bahawa tanah berkenaan sebenarnya milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Keadaan di Kampung Sri Makmur, Gombak menjadi panas dan kecoh pagi ini apabola penduduk enggan berpindah dari kediaman yang diduduki sekian lama…”

“Pihak berkuasa terpaksa mengawal keadaan ketika jengkaut menolak rumah tersebut…”

“Tanah berkenaan adalah milik PKNS dan perobohan itu bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa pelik mengapa penduduk di kampung itu enggan berpindah sedangkan tanah itu bukan milik mereka.

Sementara itu, beberapa individu turut mendakwa bahawa notis berpindah dari perkampungan itu telah dikeluarkan sejak 2006, namun terdapat penduduk yang enggan mematuhi arahan berkenaan.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: X

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleHattan Luah Sebak Dan Bangga Anak Arwah Adik Capai Straight A’s Untuk SPM
Next articleSyarikat dijenamakan semula daripada Inter-Pacific Asset Management sasar jadi firma pengurusan aset terkemuka di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here