Home Uncategorized Kenali Kevin Ray Mendoza, Penjaga Gol KL City Yang Jadi Sebutan Ramai...

Kenali Kevin Ray Mendoza, Penjaga Gol KL City Yang Jadi Sebutan Ramai Hingga Digelar Man Of The Match!

171
0

Selepas 32 tahun menanti, Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) akhirnya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjulang Piala Malaysia semalam selepas menewaskan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 2-0 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan itu amat bermakna buat The City Boys apabila memiliki piala tersebut pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia dan sekaligus meraih tiket ke Piala AFC pada musim hadapan. Wah tahniah KL City! 

Nama Kevin Medoza jadi sebutan

Sepanjang perlawanan berlangsung, penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza nampaknya telah mencvri perhatian netizen.

Bukan hanya disebabkan ketampanannya, namun ketangkasan Kevin dalam mengawal gawang gol daripada dibolosi bola sehingga ke akhir perlawanan juga membuatkan netizen terpegun.

Bagi yang belum mengenali Kevin, beliau yang dilahirkan pada 29 September 1994 ini merupakan pemain bola sepak profesional yang juga bermain buat Pasukan Kebangsaan Filipina.

Kevin telah dilahirkan serta dibesarkan di Denmark ini mempunyai kacukan Filipina yang mana membuatkan dia mampu bermain buat pasukan Denmark dan Filipina di peringkat antarabangsa.

Sudah berkahwin dengan gadis Denmark 

Menerusi carian di Instagram Kevin yang kini sedang meningkat followersnya ke 47,000 pengikut ketika artikel ini ditulis, beliau sudah pun berkahwin dengan gadis Denmark bernama Nadia Baekgaard.

Nadia ialah seorang pereka grafik dan kini menetap di Malaysia bersama Kevin.

Apa-apapun tahniah diucapkan buat pasukan KL City dan semoga kerjaya Kevin dalam sukan bola sepak selepas ini terus menyinar. 

Sumber: Lobak Merah

Previous article“Hahaha kelakar…”-Malu tersasul panggil sayang, Uqasha Senrose & Kamal Adli tular di TikTok
Next article“Sentiasa Cantik Dan Anggun”Penampilan Terkini Ana Dahlia Bahagia Bersama Su4mi T4rik Perhatian
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here