Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan di aplikasi Youtube oleh akaun Harian Metro, dan telah ditular di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita yang berusia 51 tahun telah dihalau oleh anak dan menantunya, beliau juga engga namanya disiarkan serta mengatakan untuk mengambil keputusan untuk tinggal dalam kereta selepas berkecil hati dengan anak serta menantunya sejak 40 hari yang lalu. Demikian wanita ini yang tinggal dalam kenderaan Perodua Kancil di Taman Suria, Pendamar, Pelabuhan Klang.
Beliau mengatakan:
“Saya nak keluar dari kawasan itu, namun kereta saya tidak boleh bergerak membuatkan saya terpaksa tinggal dalam kereta selama 40 hari sebelum dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)”
“Memang saya ada niat nak pergi rumah anak yang lain, namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas”
Beliau juga berterima kasih kepada penduduk yang menghantar makanan sepanjang berada di dalam kenderaan tersebut.
“Penduduk ada tawarkan untk tinggal bersama mereka tetapi saya enggan sebab tidak mahu susahkan mereka. Jadi mereka menghubungi LZS untuk bantu saya”
Sementara itu, Ketua Operasi Agihan LZS Daerah Klang, Mohd Shahril Ritin berkata pihaknya bergegas ke lokasi parkir di pangsapuri itu selepas mendapat maklumat tersebut.
Walaubagaimanapun, ada juga manusia yang berkelakuan sebegini. Namun berbuatlah baik kepada ibu bapa anda serta menghargai apa yang mereka lakukan untuk anda ketika masih kecil.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA