Home Kehidupan “Kena Buang Budaya Cop2 Parking Ni”-Cop Parking Di Flat, Rumah B40, Selera...

“Kena Buang Budaya Cop2 Parking Ni”-Cop Parking Di Flat, Rumah B40, Selera T20

228
0

Budaya “COP PARKING” adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja ‘cop’ parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baru sahaja tular di tiktok @chipkhairul di mana rakaman dashcam mendapati terdapat seorang budak perempuan yang sedang meletakkan botol di tempat parkir. Budak perempuan tersebut dilihat sedang ‘cop parking‘ untuk sebuah kereta yang dinaikinya itu. Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa tidak puas hati tentang isu cop parking ini. Budaya seperti itu tidak patut dilakukan oleh masyarakat.

Lihat video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@janpai5 : berebut noh..x mcm peneng sapa dan masuk..x ada pon naak cop bagai..

@fighter07 : nk parking private beli kondo atau rumah yg ada garaj

@user4191901459849 : bang ambil gambar bila dia parking lepas tu ambil gambar masa dia keluar Dan hantar terus gambar di pihak berkuasa senang nanti pihak berkuasa nak cas

@Gold Hunter : sy sebagai ketua keluarga malu klu mencuri bang,sb ketua keluarga kna tunjuk tauladan baik terhadap anak

@Sucitra kuan : Buang je la botol tu…dulu sy gan kawan² kutip semua botol kerusi buang

@sejiwa : Kdg ade jenis flat dr sebelah lain dtg parking ke blok snie.. So yg snie tak dek parking.. Bnyk mcm tuh.. Sngup jln parking jauh flet lain2..

Baca juga : “Boleh Plk Main Cop Parking” -Respon Wanita Ini Bt Rmai Yg Setuju

Baca juga : “Tidurlah Kat Parking Lot Tu” – Bila Lupa Kereta Dekat Mall Apa Perlu Buat

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleMakanan Kilang Dibuang Di Kwsn Pelupusan Sampah, Tarik Perhatian Ramai
Next article“Geram Sgt Tgk Kon Tu”- Rakaman Kereta Seperti Tgh Buat Ujian Litar Hiburkn Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here