Home Isu Semasa Kemelut Rumah Tangga Berakhir, Hafidz Roshdi Dan Shuhada Sah Cerai Talak Satu

Kemelut Rumah Tangga Berakhir, Hafidz Roshdi Dan Shuhada Sah Cerai Talak Satu

284
0

Setelah sekian lama rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada dibadai ombak, akhirnya pasangan ini dilaporkan sah bercerai talak satu pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Hafiz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur sebaik sahaja keluar daripada prosiding pengesahan lafaz cerai yang dibuat kerana semuanya diselesainya dengan baik.

“Saya bersyukur, kami sudah bercerai dengan baik, yang mana hari ini sudah bercerai talak satu.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menghormati privasi saya selama ini,”ujarnya.

Cerai secara baik, tanpa gaduh
Memetik portal Gempak! pasangan itu dikatakan bercerai secara baik tanpa berlakunya sebarang pergaduhan selain menghormati segala keputusan yang diputuskan oleh pihak mahkamah.

“Kami selesai cara baik dan tiada pergaduhan. Saya menghormati keputusan hakim dan saya berpuas hati dan gembira,”ujarnya lagi.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abd Kadir memaklumkan mahkamah sudah memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari 2023.

“Dakwaan sebelah pihak lagi yang mendakwa lafaz cerai melalui WhatsApp pada 20 Januari tidak diterima oleh mahkamah.
“Maka perceraian talak satu bertarik 22 Februari tahun ini sah pada hari ini,”ujar Akberdin.

Dalam pada itu, Nurul Shuhada yang hadir berbusana serba putih turut meluahkan rasa syukur kerana urusan rumah tangga mereka akhirnya telah diselesaikan secara baik.

Terdahulu, Hafiz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi proses pengesahan lafaz cerai kira-kira jam 9.11 pagi tadi dalam keadaan tenang dengan menggayakan sut serba hitam.

Malah, aktor berusia 29 tahun itu juga berharap agar segalanya diselesaikan dengan baik pada hari ini.

Dalam perbicaraan hari ini, Hafidz diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abd Kadir, manakala Shuhada pula diwakili peguam syarie, Nurfarhana Abd Manaf.

Sebelum ini, Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Lihat klip video di bawah:

@ohbulanofficial Replying to @MummyGreen🤣 Shu tak tengok muka Hafidz ketika prosiding mahkamah 🤔🤔#ohbulan #news #fyp #shuhada ♬ original sound – OHBULAN!

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleSeludup Makanan Hotel Masuk Dalam Beg, sekali Puteri Sarah Dedah POV
Next articleTiada Rezeki, Duit Simpanan RM30K Untuk Pergi Haji ‘Hangus’ Dimakan Anai-Anai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here