Penyanyi Aishah Ali telah memberikan amaran keras kepada personaliti TV iaitu Azwan Ali yang lebih mesra disapa sebagai Diva AA, gara-gara status yang dimuat naik oleh hos tersebut.
Dato Aishah berkata bahawa beliau sudah lama bersabar dengan tohmahan negatif yang dikeluarkan daripada mulut Azwan Ali. Namun begitu, kesabarannya sudah mula hilang apabila Azwan mula menyentuh hal berkaitan keluarganya.
“Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi tidak habis-habis dengan kata nista. Kali ini saya mengambil serius kerana dia mencuit keturunan dan keluarga…” – Dato Aishah
Tambahnya lagi, beliau tidak akan memaafkan selebriti tersebut kerana telah menyentuh dan turut menghina keluarganya.
“Saya tidak akan ampunkan anda kerana menghina keturunan saya. Balalah kepada kau Azwan Ali…” – Tambahnya
Terdahulu, Azwan Ali ada memuat naik status di media sosial di mana ada berkaitan dengan penyingkiran penyanyi itu di All Stars Gegar Vaganza pada malam Ahad lalu.
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.