Kegembiraan 7 rakan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka disedari hilang ketika bermandi manda di Tasik Cermin, Setia Alam
Datuk Norazam Khamis, Pengarah Bomba Selangor berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 12.16 tengah hari sebelum tiba di lokasi pada 12.30 tengah hari tadi.
“Kumpulan remaja ini dipercayai turun ke tasik itu untuk mandi-manda, berkemungkinan 11 pagi hingga 12 tengah hari.
“Siasatan awal mendapati, kejadian ini membabitkan tujuh remaja dan semasa sedang mandi, mereka menyedari kehilangan rakan mereka yang dipercayai lemas.
“Kesemua mereka termasuk mangsa berumur 16 tahun,” katanya
Mayat mangsa dikenali Muhammad Khairul Hamizan 16 dari SMK Sungai Kapar Indah ditemui selepas 2 jam operasi SAR dijalankan.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Kita sewajarnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Kita perlu lebih berhati-hati dan ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak.