Home Dunia Sungguh malang dari gaji RM540,000 seminggu, kini Ronaldinho hanya ada RM27 dalam poket seluar!

Sungguh malang dari gaji RM540,000 seminggu, kini Ronaldinho hanya ada RM27 dalam poket seluar!

228
0

Ronaldinho merupakan pemain ‘legend’ dan popular dengan gelaran ‘King of Skill’. Beliau telah menjadi pemain bola sepak profesional selama 20 tahun dengan mewakili pasukan kebangsaan Brazil dan beberapa kelab terkenal di Eropah seperti Barcelona dan AC Milan.

Selepas pengunduran diri beliau, peminat bola makin hari makin sering mendengar berita yang kurang menyenangkan tentang pemenang Ballon D’Or tahun 2005 itu. Pelbagai isu dan kontroversi telah timbul yang membabitkan dirinya sehingga menyebabkan status kewangannya terjejas dan hampir muflis.

Namun demikian, penangkapan bekas bintang bola sepak tersebut di Paraguay telah mengejutkan ramai pihak. Penangkapan beliau itu telah disabitkan kesalahan penggunaan passport palsu untuk memasuki negara tersebut bersama pengurus dan abangnya. Menurut laporan SportBible, Ronaldinho telah menggunakan passport palsu kerana beliau telah digantung daripada menggunakan passport Brazil selepas terdapat denda yang tidak diselesaikan olehnya.

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib malang yang telah dihadapi oleh Ronaldinho.

Hal ini kerana Football-Italia telah mendakwa krisis kewangan yang dihadapi oleh Ronaldinho diyakini berpunca daripada hubungan tidak baik antara beliau bersama pemerintahan kerajaan Brazil. Pihak berkuasan turut melancarkan operasi menyita barang-barang peribadi milik Ronaldinho.

Previous articleKegembiraan 7 Rakan Bertukar Tragedi, Pelajar Sekolah Lemas Di Tasik Cermin
Next articleMengejutkan! harga pakaian Sekolah Korea Selatan bernilai 1 juta KRW (RM3.5K)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here