Home Isu Semasa Kegembiraan 7 Rakan Bertukar Tragedi, Pelajar Sekolah Lemas Di Tasik Cermin

Kegembiraan 7 Rakan Bertukar Tragedi, Pelajar Sekolah Lemas Di Tasik Cermin

158
0

Kegembiraan 7 rakan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka disedari hilang ketika bermandi manda di Tasik Cermin, Setia Alam

Datuk Norazam Khamis, Pengarah Bomba Selangor berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 12.16 tengah hari sebelum tiba di lokasi pada 12.30 tengah hari tadi.

WhatsApp Image 2023 01 14 at 5.25.34 PM

“Kumpulan remaja ini dipercayai turun ke tasik itu untuk mandi-manda, berkemungkinan 11 pagi hingga 12 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati, kejadian ini membabitkan tujuh remaja dan semasa sedang mandi, mereka menyedari kehilangan rakan mereka yang dipercayai lemas.

“Kesemua mereka termasuk mangsa berumur 16 tahun,” katanya

Mayat mangsa dikenali Muhammad Khairul Hamizan 16 dari SMK Sungai Kapar Indah ditemui selepas 2 jam operasi SAR dijalankan.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Kita sewajarnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Kita perlu lebih berhati-hati dan ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak.

 

Previous articleFaiq Bolkiah telah mengalahkan Messi dan Ronaldo dan menjadi pemain bola terkaya di dunia!
Next articleSungguh malang dari gaji RM540,000 seminggu, kini Ronaldinho hanya ada RM27 dalam poket seluar!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here