Home Viral “Karier Nyanyian Agak Perlahan dan Semacam Sepi…” – Syafiq Farhain

“Karier Nyanyian Agak Perlahan dan Semacam Sepi…” – Syafiq Farhain

391
0

Penyanyi, Syafiq Farhain, mengakui masih menerima peluang untuk memberikan persembahan nyanyian walaupun sibuk dengan tugas sebagai pegawai bomba dan komitmen keluarganya. Meskipun begitu, tawaran nyanyian yang diterima tidak sekerap seperti dahulu kerana fokus utamanya kini adalah sebagai penjawat awam.

Syafiq, anak kepada Allahyarham Saleem, vokalis kumpulan Iklim, menyatakan bahawa dia hanya menerima tawaran untuk menyanyi pada hujung minggu sahaja.

“Saya tak nafikan, karier nyanyian agak perlahan dan semacam sepi saja ketika ini. Tapi, sebenarnya saya masih ada dalam industri dan tetap terima juga tawaran persembahan menyanyi pada hujung minggu…” – Syafiq

“Cuma, untuk beri komitmen menyanyi di hari bekerja biasa, saya selalunya tidak dapat melakukannya sebab perlu utamakan tanggungjawab pada kerja tetap sebagai pegawai bomba…” – Katanya

“Ditambah, saya sekarang bertugas di Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat…” – Katanya lagi

Berdasarkan laporan Harian Metro, Syafiq mengakui bahawa baginya, populariti bukanlah yang utama, dan dia tidak mempermasalahkan jika undangan nyanyian yang diterimanya datang dengan kelajuan yang lebih perlahan.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Laki Bini Suara Sedap, Kalau Masuk Family Duo Kompem Juara..” – Netizen Puji Nyanyian Merdu Shuib Dan Watie
Next article“Akim Ni Bagi Lah Lagu Apa Pun Mesti Padu..” – Akim Nyanyi Lagu Newboyz Buat Ramai Jatuh Cinta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here