Home Viral “Kami Akan Pastikan Perkara Ini Tidak Berulang Pada Masa Akan Datang…” –...

“Kami Akan Pastikan Perkara Ini Tidak Berulang Pada Masa Akan Datang…” – Datuk Yusry Abdul Halim

435
0

Pengarah Datuk Yusry Abdul Halim akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan babak romantis dalam drama arahannya susulan menerima kecaman berhubung adegan bercium dalam siri W: Two Worlds.

Yusry, yang berusia 51 tahun, mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas teguran tersebut, namun memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai kontroversi tersebut.

“Kita berterima kasih kepada teguran penonton. Kami akan pastikan perkara ini tidak akan berulang pada masa akan datang…” – Datuk Yusry Abdul Halim

Yusry memberikan ulasan mengenai perkara tersebut ketika ditemui selepas tayangan perdana episod akhir drama adaptasi popular Korea Selatan di Hotel Pavilion, Bukit Bintang pada malam Rabu.

Sebelum ini, menjadi tular di media sosial apabila watak utama Aliff Hadi, lakonan Hun Haqeem, dan Daiyan Trisha sebagai Izara, bercium meskipun berlapik dengan sehelai kain.

Babak tersebut mengundang kecaman netizen yang menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak sesuai untuk dijadikan tontonan terutamanya golongan muda.

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Syada Diuji Dengan Kemurungan, Kurung Diri Berminggu-Minggu…” – Syada Amzah
Next article“Viral Tudung Harga Ratus Ribu, Saya Pakai Ni RM1200 Sahaja…” – Haliza Maysuri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here